Jenis Terjemahan

a. Terjemahan Harfiah
- Ia bermaksud terjemahan perkataan demi perkataan dari sudut kosa kata, sarf,
nahu, dan uslub serta kadar ayat.
- Kesannya menyalahi struktur ayat bahasa sasaran, kesamaran makna dan
kesilapan.
- Banyak berlaku dalam terjemahan buku-buku agama pada zaman dahulu.

b. Terjemahan Setara

- Ia bermaksud pemindahan yang lengkap (sama)/ hampir lengkap (sama)
terhadap isi dan bentuk. Penterjemah akan menyesuaikan terjemahannya
mengikut bahasa sasaran dan berusaha menyusun semula ayat yang mirip dan
hampir dengan ayat bahasa sasaran.
- Penterjemah akan menggunakan perubahan nahuan, leksikal, uslub dan
balaghah dalam keadaan ketiadaan kesepadanan.
- Tahap kesamaan dengan teks asal adalah tinggi dari sudut bentuk dan isi
dengan memelihara kaedah bahasa.
- Contohnya :
ﻣﻦ ﺗﻮﺻﻴﺎﺕﺍﳌﺆﲤﺮﺭﻓﺾ ﲡﺎﻫﻞ ﺣﻘﻴﻘﺔ ﺍﻹﺳﻼﻡ ﺍﻟﻨﺎﺻﻌﺔﻭﺭﻭﺣﻪ ﺍﳉﻠﻴﺔ
ﻭﻣﺎ ﻳﺪﻋﻮﺇﻟﻴﻪ ﻣﻦ ﻣﺒﺎﺩﺉ ﺳﺎﻣﻴﺔﻭﻗﻴﻢﻓﺎﺿﻠﺔ ﻣﻦ ﺍﻟﺮﲪﺔﻭﺍﻟﺴﻼﻡ ..
Antara resolusi persidangan adalah menolak sikap sengaja tidak mahu
mengakui hakikat Islam dan semangatnya yang amat jelas serta
prinsip-prinsip dan nilai-nilai murni yang dianjurkannya seperti belas
kasihan, keamanan…

c. Terjemahan Makna
- Mengkut Nida ia bermaksud penyalinan semula maklumat ke dalam bahasa 
penerima daripada bahasa sumber dalam bentuk persamaan terdekat dan 
bersahaja.11 Penterjemah akan melakukan terjemahan makna atau ayat demi 
ayat. Dia akan membaca sesuatu ayat dan cuba memahaminya dan kemudian 
akan menterjemahkannya dengan gaya bahasanya tersendiri. 
- Contohnya: 
.. ﻭﺗﺒﺎﺩﻝ ﺍﳌﺆﲤﺮﻭﻥ ﻭﺟﻬﺎﺕﺍﻟﻨﻈﺮﻭﺍﻵﺭﺍﺀ ﺣﻮﻝ ﺗﻠﻚﺍﻷﻓﻜﺎﺭ

…. Perkara-perkara lain yang tidak termasuk di dalam kertaskertas kerja yang dibentangkan turut dibincangkan seterusnya 

membuat resolusi seperti berikut: …. 

d. Terjemahan Bebas
- Ia bermaksud terjemahan makna am dan isi kandungan teks tanpa sebarang 
kongkongan atau mengambilkira perkataan dan struktur bentuk ayat asal. 
- Kesannya terdapat penambahan, pengurangan, penyimpangan makna serta 
ayat yang panjang. 
Mungkin teknik terjemahan yang baik ialah teknik setara yang didasarkan kepada 
terjemahan harfiah pada asalnya. 

Assalamualaikum....

Antum semua pasti pernah menggunakan ejen carian Google kan? Rasanya kita semua memang tak akan terlepas pandang untuk menggunakannya..hehe,, termasuklah saya sekali..hrmmmm.. apalagi kalau kita nak dapatkan terjemahan yang cepat dan pantas,bukan ? "Google Translate" la gamaknya yang kita nampak selain daripada kamus Dwi-bahasa yang kita ada dari senipis buku nota sehinggalah setebal yang mungkin,..

Tetapi sedarkah kita ,, padanan terjemahan yang dikemukakan oleh Google Translate kadang-kala tambah menyulitkan keadaan?Ya lah,,mana tidaknya,, kita taip saja perkataan yang kita hendak cari padanan terjemahannya,,tapi,,apa yang menyulitkan ialah  makna yang diberi tidak sepadan dengan konteks ayat yang terbina,bukan?hehe..Saya pun sudah lali melalui perkara yang membelenggu antum semua ni..

Ahaaa.sekarang saya ada dapatkan satu artikel yang dihasilkan oleh beberapa orng ilmuan dari UITM. Artikel ini saya dapatkan dari sebuah  pautan  akademik di internet ..Bagus saya kira kalau kita hendak mengkaji sejauh mana keberkesanan ejen carian Google Translate dalam membantu  kehidupan harian kita terutama sekali bagi siswa siswi dan juga pelajar sekolah serta  dipaparkan juga kesilapan-kesilapan yang berlaku dengan padanan ayat Bahasa Arab.

"Kesilapan Terjemahan Bahasa Arab-Bahasa Melayu dalam ejen carian Google : Satu kajian Semantik..."



KESILAPAN TERJEMAHAN BAHASA ARAB - BAHASA MELAYU DALAM EJEN CARIAN GOOGLE: SATU KAJIAN SEMANTIK

MOHAMAD NOR AMIN BIN SAMSUN BAHARUN

PROF MADYA DR. NAIMAH BT ABDULLAH


Akademi Pengajian Bahasa,
UiTM, Shah Alam
Malaysia




ABSTRAK

Dengan kepesatan kemajuan teknologi maklumat, muncullah pelbagai bentuk software dalam bidang terjemahan di pasaran. Selain itu,machine language translation atau e-translasi (e-translation) iaitu mesin terjemahan bahasa berasaskan internet tersebar dengan meluasnya untuk kegunaan masyarakat umum. Ejen carian Google menawarkan perkhidmatan penterjemahan lebih dari 50 bahasa di dunia. Pelbagai golongan masyarakat sama ada pelajar mahupun para penterjemah mendapat manfaat dari kemudahan tersebut. Terjemahan tidak lagi memerlukan individu yang mahir dalam sesuatu bahasa untuk menterjemah teks.Di UiTM, ramai di kalangan pelajar-pelajar kita cenderung menggunakan perkhidmatan ejen carian Google (www.google.com) untuk menterjemah teks berbahasa Arab ke bahasa Melayu kerana ia percuma dan mudah dicapai. Walau bagaimanapun,berdasarkan pemerhatian, pelbagai kesilapan terjemahan dari aspek semantik dapat dikesan di dalam terjemahan Arab-Melayu. Antaranya, terdapat perkataan yang gagal diterjemahkan sehingga terpaksa digantikan dengan perkatan bahasa Inggeris. Selain itu, padanan yang diberikan adakalanya kurang tepat. Kertas kerja ini cuba meninjau sejauh mana ketepatan dan kesesuaian pemilihan kata dalam terjemahan bahasa Arab ke bahasa Melayu dan jenis-jenis kesilapan yang berlaku. Kertas kerja ini juga akan mencadangkan perkataan-perkataan yang lebih tepat dan sesuai digunakan dari sudut semantik.

Keywords:software,machine language translation,semantik, padanan


1.            PENDAHULUAN

Penggunaan program terjemahan berbantukan mesin (machine translation) di jaringan sesawang sangat meluas. Ia termasuklah ejen carian google (www.google.com) yang menawarkan terjemahan teks lebih dari 50 buah bahasa. Ia digunakan semakin meluas kerana percuma dan mudah diakses di mana-mana. Perisian tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan kerana kepantasan menterjemah perkataan-perkataan dan ayat-ayat di mana ia tidak perlu merujuk kamus am, kamus peristilahan, tesaurus dan sebagainya. Namun begitu, ia masih lagi tidak dapat menterjemah teks terjemahan ke tahap yang diharapkan.

Jelas sekali bahawa faktor utama penggunaan meluas bagi terjemahan berbantukan mesin ini adalah kemampuannya menterjemah dengan cepat. Ia juga mempunyai keistimewaan yang lain iaitu menterjemah istilah-istilah dengan konsisten sekali.

Namun begitu, terjemahan berbantukan mesin sehingga kini masih lagi  berhadapan dengan pelbagai kelemahan sebagaimana yang dijelaskan oleh Iman Santoso (2011) “Seperti layaknya mesin penterjemah yang lain, hasil dari proses penerjemahan oleh Google masih mengandung keterbatasan dan belum memberikan hasil terjemahan yang akurat. Kualitas hasil penerjemahan dari satu bahasa ke bahasa lain tidak selalu sama. Di tahun 2010, hasil terbaik dicapai oleh mesin penerjemah Google saat menerjemahkan teks dari bahasa Prancis ke bahasa Inggris. Selain itu, kulaitas hasil penerjemahan juga tergantung panjang teks.”

Antara kelemahan-kelemahan yang dikenalpasti ialah ia menterjemah perkataan yang mempunyai berbagai-bagai makna, ungkapan istilah, peribahasa, penggunaan metafora, hiperbola, terjemahan harfiah, terjemahan makna, makna implisit, makna figuratif (makna kiasan), makna konotasi (tersirat) dan terjemahan komunikatif.

Hutchins (1986) dalam bukunya yang bertajuk “Machine Translation: Past, Present, Future” berpendapat tentang permasalahan ini, “adalah mustahil untuk mendapat terjemahan yang berkualiti kerana sesetengah permasalahan semantik tidak boleh dihurai kecuali dengan merujuk maklumat-maklumat am yang banyak dan terperinci di dalam ensiklopedia.”


2.            KAJIAN LITERATUR

Kajian ini dkategorikan sebagai penterjemahan mesin kerana ia bukan dilakukan oleh manusia, tetapi diprogramkan di dalam satu perisian dan boleh digunakan atau diakses oleh sesiapa sahaja secara percuma. Adnan Eiden dan Tariq Ibrahim (TT: 289) telah membuat kajian bertajuk “Penterjemahan Mesin dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Arab: Pengalaman Syarikat ITI”. Mereka menganalisis kesilapan terjemahan dari sudut ejaan pada teks yang diterjemah. Di samping itu, ia bertujuan untuk menjelaskan skop am tentang proses penterjemahan mesin dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Arab. Di dalam artikel yang ditulis Muhammad Izzuddin (TT:317)“Sistem Penterjemahan Mesin Pelbagai Bahasa dari Bahasa Arab (BA) ke Bahasa Inggeris (BI)” telah menjelaskan tentang teks yang diterjemahkan dari sudut morfologi, sintaksis dan semantik.

Kajian yang ditulis Hassan as-Sharif (TT: 173) bertajuk “Laporan Penterjemahan Mesin di Negara Arab” lebih memberi tumpuan kepada aspek teori daripada aspek praktikal. Di dalam penulisan Ismail Siniy yang bertajuk “Halatuju Kegiatan Penterjemahan Masa Kini”, ia banyak menerangkan unsur-unsur positif dan negatif bagi penterjemahan mesin. Muhammad Daydawi selepas itu juga memfokuskan tajuk yang sama di dalam artikelnya yang bertajuk “Penterjemah  Masa Akan Datang: Memperhembakan Mesin atau Menjauhinya”. Kajian tersebut hanya lebih tertumpu kepada aspek teori sahaja.

Kajian Radiah Yusoff & Wan Rose Eliza Abdul Rahman (2007) yang bertajuk “Analisis padanan makna dalam terjemahan berbantukan komputer” telah dibentangkan dalam persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-11, 2007 memperlihatkan kepada kita kemampuan pemindahan teks sumber ke dalam teks sasaran dengan menggunakan penterjemahan berbantukan komputer. Skop kajian dihadkan kepada penterjemahan makna denotasi frasa nama mudah am dan khas sahaja. Kedua-dua aspek ini merupakan titik perbezaan dengan kajian pengkaji. Apa yang dapat disimpulkan melalui kajian ini, pertama, pengkaji mengakui terpaksa melakukan pembaikan yang agak banyak dan merenyahkan kepada teks sasaran agar menepati keperluan mesej yang hendak disampaikan oleh teks sumber dan menepati keperluan budaya bahasa sumber dan bahasa sasaran. Kedua, perisian penterjemahan berbantukan komputer perlu ada satu korpus dwibahasa berjajaran yang jauh lebih besar dari yang ada sekarang ini dan ianya perlu sentiasa selaras dengan perkembangan mutakhir. Ketiga, perlunya satu mekanisma statistik yang boleh digunakan untuk mengira peluang mencari padanan yang hampir tepat dengan konteks dalam masa yang singkat, terutamanya untuk frasa yang mempunyai pelbagai makna.


3.            Analisa Pembahagian Perkataan

Kajian ini cuba melihat kepelbagaian penghasilan makna hasil terjemahan mesin melalui ejen carian Google. Untuk mendapatkan data kajian, penulis telah memetik beberapa ayat dan ungkapan dari modul Bahasa Arab Pelancongan I (BAB130) yang digunapakai di Universiti Teknologi MARA. Selain itu, terdapat ayat dan ungkapan yang dihasilkan oleh penulis.

Berikut adalah antara ayat dan ungkapan bahasa Arab terpilih dan penghasilan makna yang diperolehi melalui khidmat terjemahan mesin:

Ayat/ ungkapan bahasa Arab
Terjemahan Google
أريد أن أذهب السوق مع صديقي.
Saya ingin pergi ke pasar dengan rakan-rakan saya. 
الجو بارد جدا.
Hal ini sangat sejuk
مَعْذِرَة يَا آنِسَة، أَخْبِرْينِي عَن الفُنْدُق الجَيِّد بِالسِّعْر المُنَاسِب هُنَا فِي مَدِينَة "فورد ديكسون"؟
Maaf, Miss, Ceritakan tentang hotel yang bagus dengan harga di sini, di bandar, "Dixon Ford"?
حَسَنًا، هُنَاكَ فَنَادِق كَثِيرَة. مَا مِيزَانِيَّتُكِ يَا سَيِّدَتِي؟
Well, ada banyak hotel. Apa anggaran anda, Madam?
أُرِيد الفُنْدُق، وسِعْر غُرْفَتِهِ لاَ يَزِيد عَن ثَلاَثِمِائِة رِيغكِيت لِلَيْلَة وَاحِدَة.
Saya ingin hotel, dan harga kamarnya tidak lebih dari tiga ratus Rigkit untuk satu malam.
نَعَم، هُوَ قَرِيب جِدًّا مِنْ شَاطِئ البَحْر. وَسِعْر غُرْفَتِهِ مِنْ أَرْخَص الأَسْعَار فِي المَدِينَة، وَلَكِنَّها جَيِّدَة وَمُرِيحَة.
Ya, sangat dekat dengan pantai. Dan harga dari harga bilik termurah di bandar, tapi bagus dan selesa.
صَحِيح؟ هَل هَذَا الفُنْدُق قَرِيب مِن شَاطِئ البَحْر؟
Benar? Adakah hotel ini dekat dengan pantai?
سَأُسَافِرُ إِلَى مِصْرَ فِي العُطْلَة القَادِمَة
Saya akan melakukan perjalanan ke Mesir pada liburan mendatang
يَأْكُلُ صَدِيقِي اللَّحْمَ المَشْوِيَّ.
Teman saya makan daging panggang.
الأَطْعِمَةُ فِي هَذَا المَطْعَمِ مَالِحَة جِدًّا
Makanan di restoran ini terlalu masin
سَأُقِيمُ هُنَا لِمُدَّةِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ
Saya akan tinggal di sini selama tiga hari

            Perkataan-perkataan yang mengalami kesilapan terjemahan untuk tujuan kajian ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu:
1)    Kata Nama
2)    Kata Kerja
3)    Frasa
4)    Partikel
5)    Ekspresi
3.1       Kata Nama

i)      Terjemahan tidak tepat

Terjemahan Betul
Terjemahan Google
Perkataan dari Bahasa Sumber
cuaca
hal
الجو
persatuan
majlis
الجمعية
bajet
anggaran
ميزانية
selesa
nyaman
مريحة
buku
arahan
الكتاب
padang
nada
الملعب
pinggan
hidangan
الصحن
tangga
keamanan
السُّلَّم
apa
mengapa
ماذا

ii)             Terjemahan ke Bahasa Inggeris

Terjemahan Betul
Terjemahan Google
Perkataan dari Bahasa Sumber
baju-baju
t-shirt
قمصان
juruterbang
pilot
الطيار
bekas makanan
pot
الأواني
garisan
line
الخطّ
tanah tinggi
heights
مرتفعات

iii)            Kata jamak diterjemahkan kepada kata tunggal

Terjemahan Betul
Terjemahan Google
Perkataan dari Bahasa Sumber
baju-baju
t-shirt
قمصان
makanan-makanan
makanan
الأطعمة
bilik-bilik
bilik
الغرف
universiti-universiti
universiti
الجامعات
harga-harga
harga
الأسعار

iv)           Kekeliruan antara perkataan yang hampir sama ejaannya

Terjemahan Betul
Terjemahan Google
Perkataan dari Bahasa Sumber
guru perempuan
sekolah
مُدَرِّسَة
Datuk
serius
الجد
Siapa
dari
مَن

Bagi kata nama sekolah (مَدْرَسَة) dan guru perempuan (مُدَرِّسَة) dieja dengan huruf-huruf yang sama dan yang membezakan antara keduanya hanyalah tanda baris. Begitu juga dengan kata sendi (مِنْ) dan kata tanya (مَنْ) serta kata nama (الجد) boleh menghasilkan dua makna iaitu datuk (الجَدّ)  ataupun kesungguhan(الجِدّ) . Persamaan penggunaan huruf bagi kata nama di atas mengelirukan mesin penterjemah walaupun perkataan tersebut diberi tanda baris.
 
v)            Nahu – Menggugurkan kata imbuhan

Terjemahan Betul
Terjemahan Google
Perkataan dari Bahasa Sumber
makanan
makan
الوجبة

Apabila perkataan ini diterjemahkan, ianya diterjemahkan kepada kata kerja iaitu makan, sedangkan imbuhan –an sepatutnya perlu diletakkan di hujung perkataan bagi menyampaikan maksud sebenar. 


3.2       Kata Kerja

i)              Terjemahan ke bahasa Indonesia

Terjemahan Betul
Terjemahian Google
Perkataan dari Bahasa Sumber
Bertengkar
ribut
تَشَاجَرَ
tidak boleh
tidak bisa
لاَ أَسْتَطِيع

ii)             Kekeliruan tanda baris

Terjemahan Betul
Terjemahan Google
Perkataan dari Bahasa Sumber
Saya telah tidur lewat
tumbuh terlambat
نِمْتُ مُتَأَخِّرًا

Kata kerja (نِمتُ) sebenarnya terdiri daripada kata kerja (نام) dan kata ganti nama (..ـتُ) yang membawa maksud saya telah tidur. Manakala kata kerja (نَمَتْ) pula membawa erti tumbuh yang mana ia disusuli huruf (...ـتْ) yang bertanda baris sukun (mati). Ianya berlaku apabila kata nama yang datang selepasnya bersifat مؤنث)) atau feminin. Diperhatikan bahawa terjemahan Google tidak mengambil kira konteks padanan yang betul apabila perkataan yang datang selepasnya bermaksud lambat/ lewat (متأخرا) yang mana terjemahan tumbuh terlambat adalah tidak sesuai sama sekali. Justeru, kekeliruan tanda baris berlaku pada kata (...ـتُ) atau (...ـتْ).


iii)            Terjemahan literasi

Terjemahan Betul
Terjemahan Google
Perkataan dari Bahasa Sumber
dia (lelaki) memastikan jumlah (wang)
tentu daripada jumlah
يَتَأَكَّد مِنَ المَبْلَغ

iv)           Nahu – imbuhan me-

Terjemahan Betul
Terjemahan Google
Perkataan dari Bahasa Sumber
memasukkan
masukkan
أَدْخَلَ
menidurkan
tidur
نوَّم
tidur
nam
نام

Imbuhan /me/ adalah penting bagi memastikan makna tepat. Kata kerja ( نَوَّمَ ) yang bermaksud menidurkan merupakan kata kerja transitif (متعدي) berlainan maknanya dengan kata kerja tidak transitif (نام) iaitu telah tidur. Dapat diperhatikan di sini bahawa kata kerja ( نَوَّمَ ) tidak diterjemahkan dengan maksud telah tidur (نام), sebaliknya kata kerja (نام)  tidak diterjemahkan ke bahasa Melayu dan hanya bunyi perkataan tersebut sahaja dieja.

v)            Kesilapan struktur dan golongan kata

Terjemahan Betul
Terjemahan Google
Perkataan dari Bahasa Sumber
Ahmad mengadakan lawatan
lawatan oleh Ahmad..
يقوم أحمد بزيارة...
dia (L) sedang bersedia untuk peperiksaan
persiapan ujian
يستعد للامتحان

Kesilapan struktur seperti di atas boleh mengakibatkan penyampaian mesej yang tidak tepat. Kata kerja (يقوم ) bermaksud mengadakan, tetapi di dalam struktur di atas  makna kata kerja tersebut tidak dinyatakan. Bagi contoh kedua pula kata kerja  (يستعد) yang memberi gambaran lengkap tentang kala dan pelaku tidak diterjemahkan sepatutnya, tetapi diterjemahkan sebagai kata terbitan.

vi)           Kekeliruan perkataan hampir sama

Terjemahan Betul
Terjemahan Google
Perkataan dari Bahasa Sumber
saya/ aku sedang mandi
aku mencuci
أَغْتَسِلُ
dia (L) telah merasmikan
dibuka
افْتَتَحَ

Ciri-ciri derivasi bahasa Arab menghasilkan pelbagai perkataan (yang berbeza-beza maknanya) dari kata dasar yang sama. Perbezaan perkataan tersebut ada kalanya hanya dengan penambahan satu atau dua huruf sahaja tetapi menghasilkan makna yang jauh bezanya. Kata kerja (أَغْسِلُ) bermaksud saya sedang membasuh/mencuci, manakala (أَغْتَسِلُ) iaitu dengan penambahan huruf  / (ت)(..ـتـ..) memberi maksud saya sedang mandi. Begitu juga kata kerja (أَفْتَحُ) bermaksud saya sedang membuka dan apabila ditambah satu lagi huruf  / (ت)(..ـتـ..) menjadi (افْتَتَحَ) memberi maksud dia telah merasmikan.

vii)          Nahu – kata kerja aktif menjadi pasif dan sebaliknya.

Terjemahan Betul
Terjemahan Google
Perkataan dari Bahasa Sumber
menerima
diterima
اسْتَلَمَ
telah menemani
didampingi
رَافَقَ
dipukul
memukul
ضُرِبَ

viii)         Terjemahan ke Bahasa Inggeris

Terjemahan Betul
Terjemahan Google
Perkataan dari Bahasa Sumber
melayan
treats
يُعَامِل
telah berkumpul
met
اجْتَمَعَ
kita mengulangkaji pelajaran
review
نُرَاجِعُ

ix)           Kata ganti nama dan kala tidak diterjemahkan

Terjemahan Betul
Terjemahan Google
Perkataan dari Bahasa Sumber
saya telah belajar
dipelajari
دَرَسْتُ
mereka (m) sedang  bermain
bermain
يَلْعَبُونَ
kamu (m) sedang  membaca
baca
تَقْرَأ
saya sedang mencuci pakaian
mencuci
أَغْسِلُ المَلاَبِس
saya menghubungi kamu
hubungi
أَتَّصِلُ بِكَ
Dia (f) telah membaca
baca
قَرَأَتْ

Bahasa Arab dari tipologi bahasa infleksi menunjukkan ciri-ciri yang unik di mana satu perkataan mengandungi rangkaian makna yang lengkap di dalamnya. Sesuatu kata kerja bukan sahaja memberi maksud kata kerja tersebut, malah ianya juga menghasilkan makna pelaku dan juga kala sama ada kala lampau, kini mahupun kala depan. Namun terjemahan mesin ternyata tidak lengkap dan hanya mampu menterjemahkan maksud kata kerja sahaja tanpa disertakan makna-makna yang lain.





i)      Terjemahan tidak tepat


Terjemahan Betul
Terjemahan Google
Perkataan dari Bahasa Sumber
membawa kepada..
untuk membayar
يَدْفَعُ إِلَى
penulis mendapat..
pelajar menerima..
حَصَلَ الكَاتِبُ عَلَى..
tidak kurang dari…
setidaknya
لاَ يَقِلُّ عَنْ..
ditulis
arahan
كُتِبَ
telah masuk
pendapatan
دَخَل
telah mengulangkaji
lihat
رَاجَع
tidak berminat
menginginkan
يَرْغَبُ عَنْ
telah mengeluarkan
padam
أَخْرَجَ
menginap di hotel Hilton
tinggal di hotel Hilton
يقيم فِي فُنْدُق هيلتون

Kata kerja (يَدْفَعُ) tanpa disusuli kata sendi (إِلَى) sememangnya memberi maksud membayar. Tetapi apabila disusuli oleh kata sendi (إلَى) maka ianya memberi maksud membawa kepada.. seperti contoh di atas. Begitu juga kata kerja (يَرْغَب), boleh menghasilkan dua maksud yang berlawanan dengan penggunaan kata sendi yang datang selepasnya.  (يَرْغَب) yang disusuli oleh kata sendi (عَنْ) seperti contoh di atas memberi maksud tidak suka/ berminat, sebaliknya jika disusuli oleh kata sendi (فِي) memberi maksud berminat/ suka.


3.3       Partikel

Terjemahan Betul
Terjemahan Google
Perkataan dari Bahasa Sumber
walaupun
dengan
مَعَ أَنَّ
kecuali
hanya
إلَّا
kecuali
hanya
سِوَى
apabila / ketika
untuk
عِنْدَمَا
mari!/jom!
datang pada
هَيَّا
sama ada
apakah
سَوَاءٌ كَان
di samping
serta
..فَضْلاً عَنْ..
..yang mana..
mana
..حَيْثُ..
meskipun.. / walaupun..
seperti
بِمَا أَنَّ..
walaupun begitu,
terlepas dari itu..
وَعَلَى الرَّغْمِ مِنْ ذَلِكَ

3.4       Frasa
            Kesilapan frasa untuk kajian ini terbahagi kepada dua, iaitu frasa biasa dan frasa idiomatik.

3.4.1              Frasa Biasa

i)              Terjemahan tidak tepat

Terjemahan Betul
Terjemahan Google
Perkataan dari Bahasa Sumber
kiriman wang
wang untuk
الحَوَالَة البَرِيدِيَّة
pelajar yang rajin
mahasiswa pekerja keras
طَالِب مُجْتَهِد
pembantu hotel (bell-boy)
kustodian dari hotel
خَادِمُ الفُنْدُق
unit penyelenggaraan
jabatan pemeliharaan
قِسْمُ الصِّيَانَة
usahawan
pengusaha
رَجُلُ أَعْمَال
alangkah indah / cantik
bagaimana manis
مَا أَحْلَى
universiti yang mana?
setiap universiti
أَيُّ جَامِعَة؟
kelmarin
hari sebelum terakhir
قَبْلَ أَمْسِ

ii)             Kesilapan susunan/ urutan perkataan

Terjemahan Betul
Terjemahan Google
Perkataan dari Bahasa Sumber
minuman bertin
tin minuman
مَشْرُوبَات مُعَلَّبَة
pukul tiga
Ketiga waktu
السَّاعَة الثَّالِثَة
pasangan hidup (isteri)
hidup pasangan
شَرِيكَةُ الحَيَاة

iii)            Terjemahan ke Bahasa Inggeris

Terjemahan Betul
Terjemahan Google
Perkataan dari Bahasa Sumber
bilik air
toilet
دَوْرَة المِيَاه
rumah merah
red house
البَيْتُ الأَحْمَر

iv)           Terjemahan campur aduk Bahasa Melayu (BM) – Bahasa Inggeris (BI)

Terjemahan Betul
Terjemahan Google
Perkataan dari Bahasa Sumber
cuti yang akan datang
upcoming bercuti
العُطْلَة القَادِمَة

v)            Penambahan perkatan yang tidak perlu

Terjemahan Betul
Terjemahan Google
Perkataan dari Bahasa Sumber
pantai
pantai laut
شَاطِئ البَحْر


3.4.2    Frasa Idiomatik

Terjemahan Betul
Terjemahan Google
Perkataan dari Bahasa Sumber
tinggi lampai
long Ahmadinejad
طَوِيلُ النِّجَاد
pasangan hidup (isteri)
hidup pasangan
شَرِيكَة الحَيَاة
kembali ke pangkuan Ilahi (meninggal dunia)
pergi ke rahmat Allah
انْتَقَلَ إِلَى رَحْمَةِ الله

Frasa idiomatik dan juga ungkapan-ungkapan berbentuk metafora tidak boleh diterjemah secara literal, tetapi perlu melihat maksud yang tersirat. Terjemahan mesin jelas menunjukkan ketidakmampuan menyelami makna tersirat lantas makna yang terhasil tidak dapat memberi mesej yang sebenar yang ingin disampaikan.

3.5       Ekspresi

Terjemahan Betul dari segi konteks penggunaan
Terjemahan Google
Perkataan dari Bahasa Sumber
Maaf / sama-sama
Maaf
عَفْوًا
Gembira bertemu awak!
Happy kesempatan
فُرْصَةُ سَعِيدَةٌ
Selamat malam!
Menjadi baik
تُصْبِحُ عَلَى الخَيْرِ
Tolong! (excuse me)
Jika dibenarkan
لَوْ سَمَحْتَ
Tidak perlu berterima kasih. Memang itu tanggungjawab saya
Tidak, terima kasih bertugas
لاَ شُكْرَ عَلَى الوَاجِب
sebentar lagi
tak lama
بَعْدَ قَلِيلٍ
Tahniah!
Selamat
مَبْرُوك
Jumpa lagi!
bye
إِلَى اللِّقَاء
Jumpa lagi
Dengan keselamatan
مَعَ السَّلاَمَة
Selamat hari lahir!
Merry holiday
عِيْدُ مِيلاَدٍ سَعَيدٍ
Semoga cepat sembuh/ Semoga Allah menyembuhkan kamu
Tuhan menyembuhkan
شَفَاكَ اللهُ
Silakan!
Lebih suka
تَفَضَّلْ
ucapan alu-aluan.
halo
مَرْحَبًا

Sebagaimana frasa idiomatik, ekpresi atau ungkapan harian dalam pelbagai bahasa biasanya tidak boleh diterjemah secara literal, tetapi perlu melihat maksud dari konteks penggunaannya. Contohnya ungkapan “terima kasih” dalam semua bahasa berbeza-beza makna literalnya. Terjemahan mesin didapati tidak mampu membezakan antara frasa biasa dengan ekspresi mengakibatkan berlakunya terjemahan seperti contoh di atas.



4.            KESIMPULAN DAN CADANGAN

Secara keseluruhan, terjemahan berbantukan mesin tidak dapat dinafikan sangat penting dalam dunia ilmu dan pendidikan, ianya sangat bermanfaat dalam membantu aktiviti terjemahan pelbagai bahasa. Walau bagaimanapun, masih terdapat berbagai kelemahan yang terhasil dalam khidmat terjemahan ini terutamanya dalam aspek semantik, antaranya kata nama tunggal, kata kerja, frasa, partikel dan ekspresi.

Kesilapan terjemahan mendominasi kelemahan terjemahan Google. Banyak perkataan-perkataan yang gagal diterjemah dengan sempurna dan tepat. Antara perkara yang dikesali adalah terjemahan tersebut menyimpang terus dari makna asal perkataan. Bagi perkataan yang gagal diterjemahkan, terjemahan kepada Bahasa Inggeris menjadi jalan “pelindung” kepada kegagalan penterjemahan tersebut.

Kemahiran bahasa yang baik di dalam bahasa sumber serta bahasa sasaran adalah perlu di dalam terjemahan berbantukan mesin seperti ini. Ia menampakkan kepada kita mengenai korpus yang masih lagi di tahap yang kurang memuaskan.

Bagi mereka yang bergantung sepenuhnya kepada khidmat terjemahan google ini iaitu di kalangan pelajar ataupun mereka yang tidak berpengetahuan Bahasa Arab akan menghadapi masalah dalam kerja-kerja terjemahan. Mereka tentunya akan menerima fakta yang tidak tepat dan menghasilkan terjemahan yang sukar difahami. Memandangkan khidmat terjemahan mendapat sambutan begitu hangat dan digunakan secara meluas oleh pelbagai masyarakat, adalah dibimbangi penggunaan hasil terjemahan yang silap ini tersebar dengan meluasnya seterusnya akan menjadi kebiasaan. Dengan itu, terjemahan secara on-line seperti ini adalah satu platform yang masih kurang mantap untuk melakukan aktiviti penterjemahan perkataan dari bahasa Arab ke bahasa Malaysia. Justeru, penulis berpendapat ia perlu dikaji semula memandangkan kesilapan-kesilapan banyak  berlaku di dalam pelbagai sudut semantik.

Cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi meningkatkan kualiti terjemahan online ini adalah seperti berikut:

·         Penglibatan aktif pakar-pakar Bahasa Arab dalam menyediakan korpus bahasa dalam pelbagai genre bahasa.

·         Pihak penyedia khidmat terjemahan mesin ini perlu menggunakan khidmat kepakaran Bahasa Arab sebagai penyemak dan pemantau kepada bahan-bahan yang hendak diterbitkan bagi mengelak berlakunya kesilapan pemilihan kata.

·         Kolabrasi antara pakar bahasa dan pakar IT perlu dikukuhkan secara berterusan demi penghasilan bahan yang berkualiti serta menepati keperluan.

           
BIBLIOGRAFI

Adnan Eiden & Tariq Ibrahim, (TT), Penterjemahan mesin dari bahasa Inggeris ke bahasa Arab: pengalaman syarikat ITI”, Pusat Pengajian Bahasa Arab.

Ainon Mohd & Abdullah Hassan, 2006, Teori dan teknik terjemahan, Kuala Lumpur: PTS Professional.

Azrul Azlen b Abdul Hamid, Terjemahan mesin dari Bahasa Inggeris ke bahasa Arab: analisis kesalahan bahasa, Dissertasi sarjana UIAM, Kuala Lumpur.

Ghazali Yusri Abdul Rahman, 2006, Penterjemahan kata tugas dalam bahasa Arab-Melayu, UiTM Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).

Hutchins, W.J, 1986, Machine translation: past, present, future,West Sussex: Ellis Horword Limited.

Mahmud Ismail Soleh Siniy, 1991, Halatuju kegiatan penterjemahan masa kini, Pusat Pengajian Bahasa Arab.

Muhammad Daydawi, Penterjemah  masa akan datang: memperhambakan mesin atau menjauhinya, Universiti Liga Arab, Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Ilmu Negara Arab.

Muhammad Izzuddin, (TT) Pengalaman syarikat Seymor: sistem penterjemahan mesin pelbagai bahasa dari Bahasa Arab ke Bahasa Inggeris dan sebaliknya, Pusat Pengajian Bahasa Arab.

Norwati Md Yusof, 2009, English-Malay computer assisted translation: the potential of e-tools in in the re-writing of media content, Jurnal Penterjemah, Vol. XI.

Radiah Yusoff & Wan Rose Eliza Abdul Rahman, 2007,  Analisis padanan makna dalam terjemahan berbantukan komputer”, Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-11, Vol 11.

http://staf.uny.ac/sites, accessed 16 Mei 2011, Iman Santoso, Analisis Kesalahan Kebahasaan Hasil Terjemahan Google-Translate Teks Bahasa Indonesia ke Dalam Bahasa Jerman.





Harapnya ia dapat memberi sedikit pencerahan kepada kita semua kelak..


^____________^...