ha... tunggu apa lagi! scroll down...
Masalah terjemahan akan timbul jika kita tidak bersikap objektif terhadap maklumat dalam teks sumber, antaranya seperti kesalahfahaman tentang cirri-ciri bahasa, tugas penterjemah dan matlamat penterjemahan.
Masalah-masalah yang selalu dialami oleh pentejremah biasanya berpunca daripada andaian-andaian yang tidak disedarinya yang mempengaruhi tugas dan melemahkan hasil yangcuba diusahakannya dengan jujur.Kebanyakan masalah itu berhubung antara penterjemah dengan subjek, bahasa penerima, ciri-ciri komunikasi, dan kaedah terjemahan yang sepatutnya digunakan. Antara bahasa itu ialah:
- Kurang Pengetahuan tentang Terjemahan
Kebanyakan orang sangka bahawa terjemahan itu sekadar kerja menggantikan setiap perkataan dalam bahasa sumber dengan perkataan lain dalam bahasa penerima, atau menggantikan ayat demi ayat ke dalam bahasa penerima, kemudian diganti dengan perenggan, dan kalau boleh seluruh wacana. Cara terjemahan ini sebenarnya tidak benar. Sebenarnya struktur seluruh karangan itu mestilah diperhatikan supaya semua unsur yang terkandung dalam teks dapat dipadukan menjadi satu kesatuan yang bermakna.
- Terlalu Mengetahui Bidang yang Tertentu
Masalah ini nampaknya janggal kita selalu mendengar bahawa penterjemah mesti mempunyai pengetahuan yang baik dalam subjek yang akan diterjemahnya. Yang menjadi masalah sebenarnya bukan penterjemah mempunyai ilmu yang banyak tentang bidang itu, tetapi ialah ketidaktajaman imaginasi penterjemah itu yang boleh menghasilkan terjemahan yang lemah.
Oleh sebab mereka sangat mengetahui sesuatu bidang itu secara mendalam, maka mereka selalu menganggap bahawa pembaca juga tahu apa yang diketahui oleh mereka. Akibatnya mereka akan menterjemah dengan cara yang tidak dapat difahami oleh pembaca umum. Mereka mendapati sukar untuk “merendahkan” diri mereka setaraf dengan orang-orang yang tidak mengetahui apa-apa dalam bidang itu.
- Menerima “Translationese” tanpa soal jawab
Semacam tradisi translationese telah timbul hasil daripada penterjemahan buku-buku teks dan bahan-bahan lain yan gdibuat sekali gus daripada satu bahasa kepada bahasa lain. Bentuk-bentuk bahasa seperti itu selalu diterima tanpa soal jawab, terutama oleh golongan terpelajar, dan mereka biasanya menganggap bahawa itulah sahaja bentuk bahasa yang boleh digunakan untuk menterjemah bahan-bahan yang ditulis dalam bahasa asing.
Golongan terpelajar tersebut biasanya belajar dalam bahasa asing dan tidak kenal lagi dengan tabiat dan keistimewaan –keistimewaan bahasa ibundanya sendiri. Jadi dia dengan senang terjerat dengan translationese. Sikap mereka kadang-kala terbawa-bawa sehingga tidak menggalakkan penggunaan bentuk-bentuk yang lebih asli dalam bahasanya sendiri.
- Tidak yakin pada bahasa sendiri
Ramai orang secara tidak sedar, tidak yakin pada kemampuan bahasa sendiri. Ramai yang berpendapat bahawa bentuk bahasa asing lebih baik dan lebih tinggi mutunya, oleh itu, mereka pun meniru bentuk bahasa itu. Jadi mereka pun meminjam terus perkataan, simpulan bahasa, bentuk stilistik, dan nahu. Mereka yakin bahawa bentuk bahasa asing itu lebih berprestij, dan lebih betul.
- Keinginan untuk Mengekalkan Misteri Sesuatu Bahasa
Ramai orang berpendapat bahawa jikalau sesuatu terjemahan dibuat dengan jelas dan terang, maka akan hilanglah misteri yang ada. Oleh itu, mereka akan berusaha untuk mengekalkan misteri seustu bahasa untuk menarik pembaca. Sebenarnya hal ini adalah tidak benar, sebab antara tugas utama penterjemah yang baik ialah menjelaskan maksud sesuatu teks sumber dengan mudah dan boleh difahami.