Layak kah aku menterjemah? +.+


 Kelayakan Menterjemah

  

Pada suatu masa dahulu, orang selalu menganggap bahawa, jika seseorang mengetahui dua bahasa, dia boleh menjadi penterjemah tanpa pengetahuan lain.  Kenyataan ini adalah tidak benar kerana bidang penterjemahan juga merupakan bidang kepakaran. (memerlukan kepakaran.. #please take note# !) heheh 

Untuk menjadi penterjemah yang baik, anda perlu memenuhi empat syarat utama berikut: (ha...bukan  nak kahwin je ada syarat tau.. nak menterjemah pun ada syarat ) *_*

 i.                     Mengetahui bahasa sumber
Bahasa sumber ialah bahasa asal yang akan diterjemah ke dalam bahasa kedua.  Pengetahuan dalam bahasa sumber mestilah mendalam.  Seseorang itu harus mengetahui selok bahasa, keistimewaan dan keganjilan bahasa itu supaya dia memahami makna terkandung dalam teks asal.  Dengan itu, barulah dia dapat membuat terjemahan dengan tepat. 

ii.                   Mengetahui bahasa penerima
 Bahasa penerima ialah bahasa yang akan diterjemahkan daripada teks asal.  Dengan kata lain,  bahasa penerima ialah bahasa kedua.   Mengikut pakar penterjamah, seseorang penterjemah  selain menguasai bahasa sumber dengan baik, dia mestilah menguasai bahasa penerimadengan lebih baik lagi.  Contohnya seseorang itu menterjemahkan teks daripada bahasa Cinake dalam bahasa Melayu, penterjemah itumestilah mengetahui bahasa Melayu lebih baik daripada bahasa Cina, atau sama baik dalamkedua-dua bahasa itu. 

iii.                  Pengetahuan dalam bidang yang diterjemah
Untuk memastikan agar makna atau maklumat dalam teks asal dapat diterjemahkan dengan tepat ke dalam bahasa penerima, seseorang penterjemah itu perlu mengetahui bidang yang hendak diterjemah itu dengan mendalam.  Penguasaan bahasa yang baik tidak mencukupi untuk menjadi penterjemah yang baik, terutama dalam bidang profesional seperti undang-undang, sains, teknologi, falsafah dan karya kesusasteraan. 

iv.                 Mengetahui teori dan amalan terjemahan
Bidang penterjemahan telah melahirkan teori dan kaedah ilmiahnya sendiri.  Oleh itu, adalah penting bagi penterjemah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dalam teori dan amalan sebelum memulakan kerja penterjemahan. Selain empat syarat di atas, terdapat satu perkara yang harus dimiliki oleh seseorang penterjemah.   Sebagai manusia, pentejremah mempunyai perasaan, pendirian, nilai, dan sikap tertentu.  Perkara ini menyebabkan penterjemah itu dipengaruhi oleh pandangan tersebut semasa melakukan penterjemahan.  Dia mungkin mempunyai pendapat yang berlawanan dengan pengarang, atau dia mungkin bersetuju dengan idea pengarang, tetapi tidak menyukai cara pengarang itu menyampaikan idea tersebut.  Persamaan atau perbezaan pendapat antara pengarang dan penterjemah mungkin terbawa-bawa dalam tugas terjemahan.Namun begitu, penterjemah tidak harus membiarkan sikap sendiri mempengaruhi terjemahannya.  Dia mestilah cuba sedaya upaya untuk mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu yang bertentangan dengan maksud asal pengarang, sebaliknya cuba mengekalkan maksud asal dan pendirian pengarang.  Dengan itu, barulah penterjemah itu melakukan terjemahan dengan baik. 

( Bak kata mak saya.. "masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum, masuk reban ayam mengokok) ^.^ 

 Ha.. dah jelas + nyata +cerah + terang kan ciri-ciri penterjemah yang baik??