Assalamualaikum....
Antum semua pasti pernah menggunakan ejen carian Google kan? Rasanya kita semua memang tak akan terlepas pandang untuk menggunakannya..hehe,, termasuklah saya sekali..hrmmmm.. apalagi kalau kita nak dapatkan terjemahan yang cepat dan pantas,bukan ? "Google Translate" la gamaknya yang kita nampak selain daripada kamus Dwi-bahasa yang kita ada dari senipis buku nota sehinggalah setebal yang mungkin,..
Tetapi sedarkah kita ,, padanan terjemahan yang dikemukakan oleh Google Translate kadang-kala tambah menyulitkan keadaan?Ya lah,,mana tidaknya,, kita taip saja perkataan yang kita hendak cari padanan terjemahannya,,tapi,,apa yang menyulitkan ialah makna yang diberi tidak sepadan dengan konteks ayat yang terbina,bukan?hehe..Saya pun sudah lali melalui perkara yang membelenggu antum semua ni..
Ahaaa.sekarang saya ada dapatkan satu artikel yang dihasilkan oleh beberapa orng ilmuan dari UITM. Artikel ini saya dapatkan dari sebuah pautan akademik di internet ..Bagus saya kira kalau kita hendak mengkaji sejauh mana keberkesanan ejen carian Google Translate dalam membantu kehidupan harian kita terutama sekali bagi siswa siswi dan juga pelajar sekolah serta dipaparkan juga kesilapan-kesilapan yang berlaku dengan padanan ayat Bahasa Arab.
"Kesilapan Terjemahan Bahasa Arab-Bahasa Melayu dalam ejen carian Google : Satu kajian Semantik..."
MOHAMAD NOR AMIN BIN SAMSUN BAHARUN
PROF MADYA DR. NAIMAH BT ABDULLAH
Akademi Pengajian Bahasa,
UiTM, Shah Alam
Malaysia
ABSTRAK
Dengan kepesatan
kemajuan teknologi maklumat, muncullah pelbagai bentuk software dalam
bidang terjemahan di pasaran. Selain itu,machine language
translation atau e-translasi (e-translation) iaitu mesin terjemahan
bahasa berasaskan internet tersebar dengan meluasnya untuk kegunaan masyarakat
umum. Ejen carian Google menawarkan perkhidmatan penterjemahan lebih dari 50
bahasa di dunia. Pelbagai golongan masyarakat sama ada pelajar mahupun para
penterjemah mendapat manfaat dari kemudahan tersebut. Terjemahan tidak lagi
memerlukan individu yang mahir dalam sesuatu bahasa untuk menterjemah teks.Di
UiTM, ramai di kalangan pelajar-pelajar kita cenderung menggunakan perkhidmatan
ejen carian Google (www.google.com) untuk menterjemah teks berbahasa
Arab ke bahasa Melayu kerana ia percuma dan mudah dicapai. Walau
bagaimanapun,berdasarkan pemerhatian, pelbagai kesilapan terjemahan dari aspek
semantik dapat dikesan di dalam terjemahan Arab-Melayu. Antaranya, terdapat
perkataan yang gagal diterjemahkan sehingga terpaksa digantikan dengan perkatan
bahasa Inggeris. Selain itu, padanan yang diberikan adakalanya kurang tepat. Kertas
kerja ini cuba meninjau sejauh mana ketepatan dan kesesuaian pemilihan kata
dalam terjemahan bahasa Arab ke bahasa Melayu dan jenis-jenis kesilapan yang
berlaku. Kertas kerja ini juga akan mencadangkan perkataan-perkataan yang lebih
tepat dan sesuai digunakan dari sudut semantik.
Keywords:software,machine
language translation,semantik, padanan
1.
PENDAHULUAN
Penggunaan
program terjemahan berbantukan mesin (machine translation) di jaringan
sesawang sangat meluas. Ia termasuklah ejen carian google (www.google.com) yang menawarkan terjemahan
teks lebih dari 50 buah bahasa. Ia digunakan semakin meluas kerana percuma dan
mudah diakses di mana-mana. Perisian tersebut mendapat sambutan yang
menggalakkan kerana kepantasan menterjemah perkataan-perkataan dan ayat-ayat di
mana ia tidak perlu merujuk kamus am, kamus peristilahan, tesaurus dan
sebagainya. Namun begitu, ia masih lagi tidak dapat menterjemah teks terjemahan
ke tahap yang diharapkan.
Jelas
sekali bahawa faktor utama penggunaan meluas bagi terjemahan berbantukan mesin
ini adalah kemampuannya menterjemah dengan cepat. Ia juga mempunyai
keistimewaan yang lain iaitu menterjemah istilah-istilah dengan konsisten
sekali.
Namun
begitu, terjemahan berbantukan mesin sehingga kini masih lagi berhadapan dengan pelbagai kelemahan
sebagaimana yang dijelaskan oleh Iman Santoso (2011) “Seperti layaknya mesin
penterjemah yang lain, hasil dari proses penerjemahan oleh Google masih
mengandung keterbatasan dan belum memberikan hasil terjemahan yang akurat.
Kualitas hasil penerjemahan dari satu bahasa ke bahasa lain tidak selalu sama.
Di tahun 2010, hasil terbaik dicapai oleh mesin penerjemah Google saat
menerjemahkan teks dari bahasa Prancis ke bahasa Inggris. Selain itu, kulaitas
hasil penerjemahan juga tergantung panjang teks.”
Antara
kelemahan-kelemahan yang dikenalpasti ialah ia menterjemah perkataan yang
mempunyai berbagai-bagai makna, ungkapan istilah, peribahasa, penggunaan
metafora, hiperbola, terjemahan harfiah, terjemahan makna, makna implisit, makna
figuratif (makna kiasan), makna konotasi (tersirat) dan terjemahan komunikatif.
Hutchins
(1986) dalam bukunya yang bertajuk “Machine
Translation: Past, Present, Future” berpendapat tentang permasalahan
ini, “adalah mustahil untuk mendapat terjemahan yang berkualiti kerana
sesetengah permasalahan semantik tidak boleh dihurai kecuali dengan merujuk
maklumat-maklumat am yang banyak dan terperinci di dalam ensiklopedia.”
2.
KAJIAN LITERATUR
Kajian
ini dkategorikan sebagai penterjemahan mesin kerana ia bukan dilakukan oleh
manusia, tetapi diprogramkan di dalam satu perisian dan boleh digunakan atau
diakses oleh sesiapa sahaja secara percuma. Adnan Eiden dan Tariq Ibrahim (TT:
289) telah membuat kajian bertajuk “Penterjemahan Mesin dari Bahasa Inggeris ke
Bahasa Arab: Pengalaman Syarikat ITI”. Mereka menganalisis kesilapan terjemahan
dari sudut ejaan pada teks yang diterjemah. Di samping itu, ia bertujuan untuk
menjelaskan skop am tentang proses penterjemahan mesin dari Bahasa Inggeris ke
Bahasa Arab. Di dalam artikel yang ditulis Muhammad Izzuddin (TT:317)“Sistem
Penterjemahan Mesin Pelbagai Bahasa dari Bahasa Arab (BA) ke Bahasa Inggeris (BI)”
telah menjelaskan tentang teks yang diterjemahkan dari sudut morfologi, sintaksis
dan semantik.
Kajian
yang ditulis Hassan as-Sharif (TT: 173) bertajuk “Laporan Penterjemahan Mesin
di Negara Arab” lebih memberi tumpuan kepada aspek teori daripada aspek
praktikal. Di dalam penulisan Ismail Siniy yang bertajuk “Halatuju Kegiatan
Penterjemahan Masa Kini”, ia banyak menerangkan unsur-unsur positif dan negatif
bagi penterjemahan mesin. Muhammad Daydawi selepas itu juga memfokuskan tajuk
yang sama di dalam artikelnya yang bertajuk “Penterjemah Masa Akan Datang: Memperhembakan Mesin atau Menjauhinya”.
Kajian tersebut hanya lebih tertumpu kepada aspek teori sahaja.
Kajian Radiah Yusoff & Wan Rose Eliza Abdul Rahman
(2007) yang bertajuk “Analisis padanan makna dalam terjemahan berbantukan
komputer” telah dibentangkan dalam persidangan Penterjemahan Antarabangsa
ke-11, 2007 memperlihatkan kepada kita kemampuan pemindahan teks sumber ke
dalam teks sasaran dengan menggunakan penterjemahan berbantukan komputer. Skop
kajian dihadkan kepada penterjemahan makna denotasi frasa nama mudah am dan
khas sahaja. Kedua-dua aspek ini merupakan titik perbezaan dengan kajian
pengkaji. Apa yang dapat disimpulkan melalui kajian ini, pertama, pengkaji
mengakui terpaksa melakukan pembaikan yang agak banyak dan merenyahkan kepada
teks sasaran agar menepati keperluan mesej yang hendak disampaikan oleh teks
sumber dan menepati keperluan budaya bahasa sumber dan bahasa sasaran. Kedua,
perisian penterjemahan berbantukan komputer perlu ada satu korpus dwibahasa
berjajaran yang jauh lebih besar dari yang ada sekarang ini dan ianya perlu sentiasa
selaras dengan perkembangan mutakhir. Ketiga, perlunya satu mekanisma statistik
yang boleh digunakan untuk mengira peluang mencari padanan yang hampir tepat
dengan konteks dalam masa yang singkat, terutamanya untuk frasa yang mempunyai
pelbagai makna.
3.
Analisa Pembahagian Perkataan
Kajian ini cuba melihat kepelbagaian penghasilan makna hasil terjemahan
mesin melalui ejen carian Google. Untuk mendapatkan data kajian, penulis
telah memetik beberapa ayat dan ungkapan dari modul Bahasa Arab Pelancongan I
(BAB130) yang digunapakai di Universiti Teknologi MARA. Selain itu, terdapat
ayat dan ungkapan yang dihasilkan oleh penulis.
Berikut adalah antara ayat dan ungkapan bahasa Arab
terpilih dan penghasilan makna yang diperolehi melalui khidmat terjemahan
mesin:
Ayat/ ungkapan bahasa Arab
|
Terjemahan Google
|
أريد
أن أذهب السوق مع صديقي.
|
Saya ingin pergi ke pasar dengan rakan-rakan saya.
|
الجو
بارد جدا.
|
Hal ini sangat sejuk
|
مَعْذِرَة
يَا آنِسَة، أَخْبِرْينِي عَن الفُنْدُق الجَيِّد بِالسِّعْر المُنَاسِب هُنَا
فِي مَدِينَة "فورد ديكسون"؟
|
Maaf, Miss, Ceritakan tentang hotel yang bagus dengan harga di
sini, di bandar, "Dixon Ford"?
|
حَسَنًا،
هُنَاكَ فَنَادِق كَثِيرَة. مَا مِيزَانِيَّتُكِ يَا سَيِّدَتِي؟
|
Well, ada banyak hotel. Apa
anggaran anda, Madam?
|
أُرِيد
الفُنْدُق، وسِعْر غُرْفَتِهِ لاَ يَزِيد عَن ثَلاَثِمِائِة رِيغكِيت لِلَيْلَة
وَاحِدَة.
|
Saya ingin hotel, dan harga kamarnya tidak lebih dari tiga ratus
Rigkit untuk satu malam.
|
نَعَم،
هُوَ قَرِيب جِدًّا مِنْ شَاطِئ البَحْر. وَسِعْر غُرْفَتِهِ مِنْ أَرْخَص
الأَسْعَار فِي المَدِينَة، وَلَكِنَّها جَيِّدَة وَمُرِيحَة.
|
Ya, sangat dekat dengan pantai. Dan
harga dari harga bilik termurah di bandar, tapi bagus dan selesa.
|
صَحِيح؟
هَل هَذَا الفُنْدُق قَرِيب مِن شَاطِئ البَحْر؟
|
Benar? Adakah hotel ini dekat dengan pantai?
|
سَأُسَافِرُ
إِلَى مِصْرَ فِي العُطْلَة القَادِمَة
|
Saya akan melakukan perjalanan ke Mesir pada liburan mendatang
|
يَأْكُلُ
صَدِيقِي اللَّحْمَ المَشْوِيَّ.
|
Teman saya makan daging panggang.
|
الأَطْعِمَةُ
فِي هَذَا المَطْعَمِ مَالِحَة جِدًّا
|
Makanan di restoran ini terlalu masin
|
سَأُقِيمُ
هُنَا لِمُدَّةِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ
|
Saya akan tinggal di sini selama tiga hari
|
Perkataan-perkataan yang mengalami kesilapan terjemahan untuk tujuan
kajian ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu:
1) Kata Nama
2) Kata Kerja
3) Frasa
4) Partikel
5) Ekspresi
3.1 Kata
Nama
i) Terjemahan tidak tepat
Terjemahan Betul
|
Terjemahan Google
|
Perkataan dari Bahasa Sumber
|
cuaca
|
hal
|
الجو
|
persatuan
|
majlis
|
الجمعية
|
bajet
|
anggaran
|
ميزانية
|
selesa
|
nyaman
|
مريحة
|
buku
|
arahan
|
الكتاب
|
padang
|
nada
|
الملعب
|
pinggan
|
hidangan
|
الصحن
|
tangga
|
keamanan
|
السُّلَّم
|
apa
|
mengapa
|
ماذا
|
ii)
Terjemahan ke
Bahasa Inggeris
Terjemahan Betul
|
Terjemahan Google
|
Perkataan dari Bahasa Sumber
|
baju-baju
|
t-shirt
|
قمصان
|
juruterbang
|
pilot
|
الطيار
|
bekas
makanan
|
pot
|
الأواني
|
garisan
|
line
|
الخطّ
|
tanah
tinggi
|
heights
|
مرتفعات
|
iii)
Kata jamak
diterjemahkan kepada kata tunggal
Terjemahan Betul
|
Terjemahan Google
|
Perkataan dari Bahasa Sumber
|
baju-baju
|
t-shirt
|
قمصان
|
makanan-makanan
|
makanan
|
الأطعمة
|
bilik-bilik
|
bilik
|
الغرف
|
universiti-universiti
|
universiti
|
الجامعات
|
harga-harga
|
harga
|
الأسعار
|
iv)
Kekeliruan
antara perkataan yang hampir sama ejaannya
Terjemahan Betul
|
Terjemahan Google
|
Perkataan dari Bahasa Sumber
|
guru
perempuan
|
sekolah
|
مُدَرِّسَة
|
Datuk
|
serius
|
الجد
|
Siapa
|
dari
|
مَن
|
Bagi kata nama sekolah (مَدْرَسَة) dan guru perempuan (مُدَرِّسَة)
dieja dengan huruf-huruf yang sama dan yang membezakan antara keduanya hanyalah
tanda baris. Begitu juga dengan kata sendi (مِنْ) dan kata tanya (مَنْ) serta kata nama (الجد)
boleh menghasilkan dua makna iaitu datuk (الجَدّ) ataupun kesungguhan(الجِدّ)
. Persamaan penggunaan huruf bagi kata nama di atas mengelirukan
mesin penterjemah walaupun perkataan tersebut diberi tanda baris.
v)
Nahu – Menggugurkan
kata imbuhan
Terjemahan Betul
|
Terjemahan Google
|
Perkataan dari Bahasa Sumber
|
makanan
|
makan
|
الوجبة
|
Apabila perkataan ini diterjemahkan, ianya diterjemahkan kepada kata
kerja iaitu makan, sedangkan imbuhan –an sepatutnya perlu
diletakkan di hujung perkataan bagi menyampaikan maksud sebenar.
3.2 Kata
Kerja
i)
Terjemahan ke
bahasa Indonesia
Terjemahan Betul
|
Terjemahian Google
|
Perkataan dari Bahasa Sumber
|
Bertengkar
|
ribut
|
تَشَاجَرَ
|
tidak boleh
|
tidak bisa
|
لاَ أَسْتَطِيع
|
ii)
Kekeliruan
tanda baris
Terjemahan Betul
|
Terjemahan Google
|
Perkataan dari Bahasa Sumber
|
Saya telah tidur
lewat
|
tumbuh terlambat
|
نِمْتُ مُتَأَخِّرًا
|
Kata kerja (نِمتُ) sebenarnya terdiri
daripada kata kerja (نام) dan kata ganti nama
(..ـتُ) yang membawa maksud saya
telah tidur. Manakala kata kerja (نَمَتْ)
pula membawa erti tumbuh yang mana ia disusuli huruf (...ـتْ)
yang bertanda baris sukun (mati). Ianya berlaku apabila kata nama yang
datang selepasnya bersifat مؤنث)) atau feminin. Diperhatikan
bahawa terjemahan Google tidak mengambil kira konteks padanan yang betul
apabila perkataan yang datang selepasnya bermaksud lambat/ lewat (متأخرا) yang mana terjemahan tumbuh
terlambat adalah tidak sesuai sama sekali. Justeru, kekeliruan tanda baris berlaku
pada kata (...ـتُ) atau (...ـتْ).
iii)
Terjemahan
literasi
Terjemahan Betul
|
Terjemahan Google
|
Perkataan dari Bahasa Sumber
|
dia
(lelaki) memastikan jumlah (wang)
|
tentu
daripada jumlah
|
يَتَأَكَّد مِنَ المَبْلَغ
|
iv)
Nahu – imbuhan
me-
Terjemahan Betul
|
Terjemahan Google
|
Perkataan dari Bahasa Sumber
|
memasukkan
|
masukkan
|
أَدْخَلَ
|
menidurkan
|
tidur
|
نوَّم
|
tidur
|
nam
|
نام
|
Imbuhan /me/ adalah penting bagi memastikan makna tepat. Kata
kerja ( نَوَّمَ ) yang bermaksud menidurkan
merupakan kata kerja transitif (متعدي) berlainan maknanya dengan kata kerja tidak transitif (نام) iaitu telah tidur. Dapat
diperhatikan di sini bahawa kata kerja ( نَوَّمَ
) tidak diterjemahkan dengan maksud telah tidur (نام), sebaliknya kata kerja (نام) tidak diterjemahkan ke bahasa Melayu dan
hanya bunyi perkataan tersebut sahaja dieja.
v)
Kesilapan
struktur dan golongan kata
Terjemahan Betul
|
Terjemahan Google
|
Perkataan dari Bahasa Sumber
|
Ahmad mengadakan
lawatan
|
lawatan oleh
Ahmad..
|
يقوم أحمد بزيارة...
|
dia (L) sedang
bersedia untuk peperiksaan
|
persiapan
ujian
|
يستعد للامتحان
|
Kesilapan struktur seperti di atas boleh mengakibatkan penyampaian mesej
yang tidak tepat. Kata kerja (يقوم
) bermaksud mengadakan, tetapi di dalam struktur di atas makna kata kerja tersebut tidak dinyatakan.
Bagi contoh kedua pula kata kerja (يستعد) yang memberi gambaran lengkap tentang
kala dan pelaku tidak diterjemahkan sepatutnya, tetapi diterjemahkan sebagai
kata terbitan.
vi)
Kekeliruan
perkataan hampir sama
Terjemahan Betul
|
Terjemahan Google
|
Perkataan dari Bahasa Sumber
|
saya/ aku sedang mandi
|
aku mencuci
|
أَغْتَسِلُ
|
dia (L) telah
merasmikan
|
dibuka
|
افْتَتَحَ
|
Ciri-ciri derivasi bahasa Arab menghasilkan pelbagai perkataan (yang
berbeza-beza maknanya) dari kata dasar yang sama. Perbezaan perkataan tersebut
ada kalanya hanya dengan penambahan satu atau dua huruf sahaja tetapi
menghasilkan makna yang jauh bezanya. Kata kerja (أَغْسِلُ) bermaksud saya
sedang membasuh/mencuci, manakala (أَغْتَسِلُ) iaitu dengan penambahan huruf / (ت)(..ـتـ..) memberi maksud saya sedang mandi. Begitu juga kata
kerja (أَفْتَحُ) bermaksud saya sedang
membuka dan apabila ditambah satu lagi huruf / (ت)(..ـتـ..) menjadi (افْتَتَحَ) memberi maksud dia telah merasmikan.
vii)
Nahu – kata
kerja aktif menjadi pasif dan sebaliknya.
Terjemahan Betul
|
Terjemahan Google
|
Perkataan dari Bahasa Sumber
|
menerima
|
diterima
|
اسْتَلَمَ
|
telah menemani
|
didampingi
|
رَافَقَ
|
dipukul
|
memukul
|
ضُرِبَ
|
viii)
Terjemahan ke
Bahasa Inggeris
Terjemahan Betul
|
Terjemahan Google
|
Perkataan dari Bahasa Sumber
|
melayan
|
treats
|
يُعَامِل
|
telah berkumpul
|
met
|
اجْتَمَعَ
|
kita mengulangkaji
pelajaran
|
review
|
نُرَاجِعُ
|
ix)
Kata ganti
nama dan kala tidak diterjemahkan
Terjemahan Betul
|
Terjemahan Google
|
Perkataan dari Bahasa Sumber
|
saya telah
belajar
|
dipelajari
|
دَرَسْتُ
|
mereka (m) sedang bermain
|
bermain
|
يَلْعَبُونَ
|
kamu (m) sedang membaca
|
baca
|
تَقْرَأ
|
saya sedang mencuci
pakaian
|
mencuci
|
أَغْسِلُ المَلاَبِس
|
saya
menghubungi kamu
|
hubungi
|
أَتَّصِلُ بِكَ
|
Dia (f) telah
membaca
|
baca
|
قَرَأَتْ
|
Bahasa Arab dari tipologi bahasa infleksi menunjukkan ciri-ciri yang
unik di mana satu perkataan mengandungi rangkaian makna yang lengkap di
dalamnya. Sesuatu kata kerja bukan sahaja memberi maksud kata kerja tersebut,
malah ianya juga menghasilkan makna pelaku dan juga kala sama ada kala lampau,
kini mahupun kala depan. Namun terjemahan mesin ternyata tidak lengkap dan
hanya mampu menterjemahkan maksud kata kerja sahaja tanpa disertakan
makna-makna yang lain.
i) Terjemahan tidak tepat
Terjemahan Betul
|
Terjemahan Google
|
Perkataan dari Bahasa Sumber
|
membawa
kepada..
|
untuk membayar
|
يَدْفَعُ إِلَى
|
penulis
mendapat..
|
pelajar
menerima..
|
حَصَلَ الكَاتِبُ عَلَى..
|
tidak kurang
dari…
|
setidaknya
|
لاَ يَقِلُّ عَنْ..
|
ditulis
|
arahan
|
كُتِبَ
|
telah masuk
|
pendapatan
|
دَخَل
|
telah mengulangkaji
|
lihat
|
رَاجَع
|
tidak
berminat
|
menginginkan
|
يَرْغَبُ عَنْ
|
telah mengeluarkan
|
padam
|
أَخْرَجَ
|
menginap di hotel Hilton
|
tinggal
di
hotel Hilton
|
يقيم فِي فُنْدُق هيلتون
|
Kata kerja (يَدْفَعُ) tanpa
disusuli kata sendi (إِلَى) sememangnya memberi maksud membayar. Tetapi apabila disusuli oleh kata
sendi (إلَى) maka ianya memberi maksud membawa kepada.. seperti contoh di
atas. Begitu juga kata kerja (يَرْغَب), boleh
menghasilkan dua maksud yang berlawanan dengan penggunaan kata sendi yang
datang selepasnya. (يَرْغَب) yang disusuli oleh kata sendi (عَنْ) seperti contoh
di atas memberi maksud tidak suka/ berminat, sebaliknya
jika disusuli oleh kata sendi (فِي) memberi
maksud berminat/ suka.
3.3 Partikel
Terjemahan Betul
|
Terjemahan Google
|
Perkataan dari Bahasa Sumber
|
walaupun
|
dengan
|
مَعَ أَنَّ
|
kecuali
|
hanya
|
إلَّا
|
kecuali
|
hanya
|
سِوَى
|
apabila / ketika
|
untuk
|
عِنْدَمَا
|
mari!/jom!
|
datang pada
|
هَيَّا
|
sama ada
|
apakah
|
سَوَاءٌ كَان
|
di samping
|
serta
|
..فَضْلاً عَنْ..
|
..yang mana..
|
mana
|
..حَيْثُ..
|
meskipun.. / walaupun..
|
seperti
|
بِمَا أَنَّ..
|
walaupun begitu,
|
terlepas dari itu..
|
وَعَلَى الرَّغْمِ مِنْ ذَلِكَ
|
3.4 Frasa
Kesilapan frasa untuk
kajian ini terbahagi kepada dua, iaitu frasa biasa dan frasa idiomatik.
3.4.1
Frasa Biasa
i)
Terjemahan
tidak tepat
Terjemahan Betul
|
Terjemahan Google
|
Perkataan dari Bahasa Sumber
|
kiriman
wang
|
wang
untuk
|
الحَوَالَة البَرِيدِيَّة
|
pelajar yang rajin
|
mahasiswa pekerja
keras
|
طَالِب مُجْتَهِد
|
pembantu
hotel (bell-boy)
|
kustodian
dari hotel
|
خَادِمُ الفُنْدُق
|
unit
penyelenggaraan
|
jabatan
pemeliharaan
|
قِسْمُ الصِّيَانَة
|
usahawan
|
pengusaha
|
رَجُلُ أَعْمَال
|
alangkah
indah / cantik
|
bagaimana manis
|
مَا
أَحْلَى
|
universiti
yang mana?
|
setiap universiti?
|
أَيُّ
جَامِعَة؟
|
kelmarin
|
hari
sebelum terakhir
|
قَبْلَ أَمْسِ
|
ii)
Kesilapan susunan/
urutan perkataan
Terjemahan Betul
|
Terjemahan Google
|
Perkataan dari Bahasa Sumber
|
minuman
bertin
|
tin
minuman
|
مَشْرُوبَات مُعَلَّبَة
|
pukul
tiga
|
Ketiga
waktu
|
السَّاعَة الثَّالِثَة
|
pasangan
hidup (isteri)
|
hidup
pasangan
|
شَرِيكَةُ الحَيَاة
|
iii)
Terjemahan ke
Bahasa Inggeris
Terjemahan Betul
|
Terjemahan Google
|
Perkataan dari Bahasa Sumber
|
bilik air
|
toilet
|
دَوْرَة المِيَاه
|
rumah merah
|
red house
|
البَيْتُ الأَحْمَر
|
iv)
Terjemahan
campur aduk Bahasa Melayu (BM) – Bahasa Inggeris (BI)
Terjemahan Betul
|
Terjemahan Google
|
Perkataan dari Bahasa Sumber
|
cuti yang
akan datang
|
upcoming
bercuti
|
العُطْلَة القَادِمَة
|
v)
Penambahan
perkatan yang tidak perlu
Terjemahan Betul
|
Terjemahan Google
|
Perkataan dari Bahasa Sumber
|
pantai
|
pantai
laut
|
شَاطِئ البَحْر
|
3.4.2 Frasa
Idiomatik
Terjemahan Betul
|
Terjemahan Google
|
Perkataan dari Bahasa Sumber
|
tinggi lampai
|
long
Ahmadinejad
|
طَوِيلُ النِّجَاد
|
pasangan
hidup (isteri)
|
hidup
pasangan
|
شَرِيكَة الحَيَاة
|
kembali ke
pangkuan Ilahi (meninggal dunia)
|
pergi ke
rahmat Allah
|
انْتَقَلَ إِلَى رَحْمَةِ الله
|
Frasa idiomatik dan juga ungkapan-ungkapan berbentuk metafora tidak
boleh diterjemah secara literal, tetapi perlu melihat maksud yang tersirat.
Terjemahan mesin jelas menunjukkan ketidakmampuan menyelami makna tersirat
lantas makna yang terhasil tidak dapat memberi mesej yang sebenar yang ingin
disampaikan.
3.5 Ekspresi
Terjemahan Betul dari segi konteks penggunaan
|
Terjemahan Google
|
Perkataan dari Bahasa Sumber
|
Maaf
/ sama-sama
|
Maaf
|
عَفْوًا
|
Gembira
bertemu awak!
|
Happy
kesempatan
|
فُرْصَةُ سَعِيدَةٌ
|
Selamat
malam!
|
Menjadi
baik
|
تُصْبِحُ عَلَى الخَيْرِ
|
Tolong!
(excuse me)
|
Jika
dibenarkan
|
لَوْ سَمَحْتَ
|
Tidak
perlu berterima kasih. Memang itu tanggungjawab saya
|
Tidak,
terima kasih bertugas
|
لاَ شُكْرَ عَلَى الوَاجِب
|
sebentar lagi
|
tak lama
|
بَعْدَ قَلِيلٍ
|
Tahniah!
|
Selamat
|
مَبْرُوك
|
Jumpa
lagi!
|
bye
|
إِلَى اللِّقَاء
|
Jumpa
lagi
|
Dengan
keselamatan
|
مَعَ السَّلاَمَة
|
Selamat
hari lahir!
|
Merry
holiday
|
عِيْدُ مِيلاَدٍ سَعَيدٍ
|
Semoga
cepat sembuh/ Semoga Allah menyembuhkan kamu
|
Tuhan
menyembuhkan
|
شَفَاكَ اللهُ
|
Silakan!
|
Lebih suka
|
تَفَضَّلْ
|
ucapan
alu-aluan.
|
halo
|
مَرْحَبًا
|
Sebagaimana frasa idiomatik, ekpresi atau ungkapan
harian dalam pelbagai bahasa biasanya tidak boleh diterjemah secara literal,
tetapi perlu melihat maksud dari konteks penggunaannya. Contohnya ungkapan
“terima kasih” dalam semua bahasa berbeza-beza makna literalnya. Terjemahan
mesin didapati tidak mampu membezakan antara frasa biasa dengan ekspresi
mengakibatkan berlakunya terjemahan seperti contoh di atas.
4.
KESIMPULAN DAN CADANGAN
Secara keseluruhan, terjemahan berbantukan mesin tidak
dapat dinafikan sangat penting dalam dunia ilmu dan pendidikan, ianya sangat
bermanfaat dalam membantu aktiviti terjemahan pelbagai bahasa. Walau bagaimanapun,
masih terdapat berbagai kelemahan yang terhasil dalam khidmat terjemahan ini
terutamanya dalam aspek semantik, antaranya kata nama tunggal, kata kerja,
frasa, partikel dan ekspresi.
Kesilapan terjemahan mendominasi kelemahan terjemahan Google.
Banyak perkataan-perkataan yang gagal diterjemah dengan sempurna dan tepat.
Antara perkara yang dikesali adalah terjemahan tersebut menyimpang terus dari
makna asal perkataan. Bagi perkataan yang gagal diterjemahkan, terjemahan
kepada Bahasa Inggeris menjadi jalan “pelindung” kepada kegagalan penterjemahan
tersebut.
Kemahiran bahasa yang baik di dalam bahasa sumber
serta bahasa sasaran adalah perlu di dalam terjemahan berbantukan mesin seperti
ini. Ia menampakkan kepada kita mengenai korpus yang masih lagi di tahap yang
kurang memuaskan.
Bagi mereka yang bergantung sepenuhnya kepada khidmat
terjemahan google ini iaitu di kalangan pelajar ataupun mereka yang
tidak berpengetahuan Bahasa Arab akan menghadapi masalah dalam kerja-kerja
terjemahan. Mereka tentunya akan menerima fakta yang tidak tepat dan
menghasilkan terjemahan yang sukar difahami. Memandangkan khidmat terjemahan
mendapat sambutan begitu hangat dan digunakan secara meluas oleh pelbagai
masyarakat, adalah dibimbangi penggunaan hasil terjemahan yang silap ini
tersebar dengan meluasnya seterusnya akan menjadi kebiasaan. Dengan itu,
terjemahan secara on-line seperti ini adalah satu platform yang masih kurang
mantap untuk melakukan aktiviti penterjemahan perkataan dari bahasa Arab ke
bahasa Malaysia. Justeru, penulis berpendapat ia perlu dikaji semula
memandangkan kesilapan-kesilapan banyak
berlaku di dalam pelbagai sudut semantik.
Cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi
meningkatkan kualiti terjemahan online ini adalah seperti berikut:
·
Penglibatan
aktif pakar-pakar Bahasa Arab dalam menyediakan korpus bahasa dalam pelbagai
genre bahasa.
·
Pihak penyedia
khidmat terjemahan mesin ini perlu menggunakan khidmat kepakaran Bahasa Arab
sebagai penyemak dan pemantau kepada bahan-bahan yang hendak diterbitkan bagi
mengelak berlakunya kesilapan pemilihan kata.
·
Kolabrasi
antara pakar bahasa dan pakar IT perlu dikukuhkan secara berterusan demi
penghasilan bahan yang berkualiti serta menepati keperluan.
BIBLIOGRAFI
Adnan Eiden &
Tariq Ibrahim, (TT), Penterjemahan mesin dari bahasa Inggeris ke bahasa
Arab: pengalaman syarikat ITI”, Pusat Pengajian Bahasa Arab.
Ainon Mohd & Abdullah Hassan, 2006, Teori dan teknik terjemahan,
Kuala Lumpur: PTS Professional.
Azrul Azlen b Abdul
Hamid, Terjemahan mesin dari Bahasa Inggeris ke bahasa Arab: analisis
kesalahan bahasa, Dissertasi sarjana
UIAM, Kuala Lumpur.
Ghazali Yusri Abdul Rahman, 2006, Penterjemahan kata tugas dalam
bahasa Arab-Melayu, UiTM Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).
Hutchins, W.J, 1986, Machine
translation: past, present, future,West Sussex: Ellis Horword Limited.
Mahmud Ismail Soleh
Siniy, 1991, Halatuju kegiatan penterjemahan masa kini, Pusat Pengajian
Bahasa Arab.
Muhammad Daydawi, Penterjemah masa akan datang: memperhambakan mesin atau menjauhinya,
Universiti Liga Arab, Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Ilmu Negara Arab.
Muhammad Izzuddin,
(TT) Pengalaman syarikat Seymor: sistem penterjemahan mesin pelbagai bahasa
dari Bahasa Arab ke Bahasa Inggeris dan sebaliknya, Pusat Pengajian Bahasa
Arab.
Norwati Md Yusof, 2009,
English-Malay computer assisted translation: the potential of e-tools in in
the re-writing of media content, Jurnal Penterjemah, Vol. XI.
Radiah Yusoff & Wan Rose Eliza Abdul Rahman, 2007, Analisis padanan makna dalam terjemahan
berbantukan komputer”, Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-11, Vol
11.
http://staf.uny.ac/sites,
accessed 16 Mei 2011, Iman Santoso, Analisis Kesalahan Kebahasaan Hasil
Terjemahan Google-Translate Teks Bahasa Indonesia ke Dalam Bahasa Jerman.
Harapnya ia dapat memberi sedikit pencerahan kepada kita semua kelak..
^____________^...