laras bahasa


Laras Bahasa bermaksud gaya dan penggunaan sesuatu bahasa yang digunakan atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Halliday(1968) mendefinisikan laras bahasa sebagai variasi bahasa yang berbeza berdasarkan fungsi. Menurut beliau laras bahasa berubah-ubah mengikut situasi.  Terdapat beberapa ciri bagi laras bahasa. Penggunaan laras bahasa yang berlainan adalah ditentukan oleh dua faktpr utama, iaitu ciri-ciri keperihalan sesuatu peristiwa bahasa dan ciri-ciri linguistik.  Bagi  faktor keperihalan adalah terbahagi kepada dua iaitu dari segi situasi luaran dan persekitaran. Situasi luarana ialah latar belakang social dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa.  Manakala situasi persekitaran pula adalah berdasarkan aspek-aspek yang terlibat dalam penggunaan bahasa iaitu, Cara penyampaian sama ada lisan, bertulis, bahasa isyarat dan sebagainya. Hubungan sosial dan peribadi antara penggunaan bahasa   Bahan yang diperkatakan dan fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa sama adal rasmi atau tidak rasmi.

Manakala ciri-ciri linguistik pula bermaksud unsur-unsur sistem bahasa itu, iaitu aspek bunyinya, aspek perkataannya serta aspek frasa dan ayatnya.  Aspek bunyi-nada suara (drama, ucapan). Aspek perkataan-perkataan khusus berdasarkan bidang, unsir kolokasi (dua perkataan yang berkaitan), perkataan pinjaman dan aspek ayat, dari segi binaan, susunan, dan panjang ayat.


Dalam bahasa Melayu terdapat beberapa laras yang mempunyai format tersendiri antaranya seprti laras undang-undang  (akta), laras ucapan, laras iklan (tender), laras laporan berita dalam akbar dan sebagainya . Contoh laras bahasa yang sering digunakan dalam bidang-bidang tertentu.

LARAS UNDANG-UNDANG.
Teks yang berkaitan dengan perundangan. Mengandungi prinsip undang-undang dan berbentuk akta iaitu terbahagi kepada bahagian dan seksyen. Penggunaan istilah-istilah yang dipinjam daripada bahasa Inggeris. Makna kosa kata yang digunakan berdasarkan interprestasi serta tidak mementingkan struktur ayat tetapi sangat mementingkan kerpersisan dan kejelasan. Bersifat objektif, terperinci, tepat dan padat. Lazimnya menggunakan binaan ayat panjang. Contohnya:


Setelah saman disampaikan dan catatera penyampaian dibuat, pendaftran harus meberi notis kepada plaintif atau peguamnya mengenai hal itu dan  mengenai cara saman itu disampaikann.


LARAS BAHASA SAINS


Laras bahasa ilmiah dan bersifat formal  sera tidak menggunakan bahasa basahan. Bersifat intekelektual, saintifik, formal dan objektif. Maklumat yang diberikan berdasarkan kajian dan faktas. ementingkan kejelasan dan ketepatan fakta. Larasa bahasa sains ini banyak menggunakan isitilah sains dan teknikal serta penggunaan istilah-istilah pinjaman daripada bahasa Inggeris.


Contoh laras bahasa Sains:


Air hujan, secara semulajadinya berasid sedikit kerana tindak balasnya dengan gas karbon dioksida dalam atmosfera untuk membenuk asid karbonik. NIlai pH air hujan ialah 5.6


LARAS BAHASA AGAMA


Laras yang membincangkan soal agama. Penggunanaan istilah agama yang dipinjam daripada bahasa arab. Terdapat petikan al-quran dan h hadis. Struktur ayat yang digunakan banyak dipengaruhi oleh struktur ayat bahasa Arab serta terdapat tamsil ibarat atau kias ibarat yang bertujuan memberi pengajaran kepada masyarakat.