Oh guruku sayang!

kaifa halukum? lama kita x bersua.. :)  cuba kawan2 teka esok hari apa? eh xdengar la... cakap kuat2 sikit..heheh  esok... HARI GURU! ^___^  
besar pengorbanan seorang guru ni dalam mendidik anak bangsa.. sabar dan tekun mengajar kita.. tanpa guru mungkin antum tidak dapat membaca apa yang ana post ni kan2??
heheh  


Guru adalah insan yang sangat besar jasanya kepada kita semua. Sebut sahaja perkataan guru, cikgu, mursyid dan apa jua yang sama dengannya, pasti akan terbayang difikiran seseorang yang mengajar ilmu, menunjukkan kesalahan, memberi nasihat, latihan dan panduan.
Pendek kata mereka adalah insan yang menunjukkan kita sesuatu ilmu yang membuatkan kita yang asalnya tidak tahu, menjadi tahu.  Tanpa guru siapalah kita pada hari ini. Jika kita bergelar doktor, peguam, jurutera dan saintis, itu semua adalah hasil daripada didikan guru-guru kita sejak kita tadika, sekolah dan universiti. Merekalah yang membentuk kita menjadi seperti sekarang.



  Adalah menjadi suatu kewajiban bagi kita untuk hormat kepada guru .Menghormati mereka adalah dituntut oleh syarak sebagaimana firman Allah S.W.T :
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu." (An-Nisa' :59)


















Buat guru-guru  dan pensyarah.. terimalah lagu ini..

المعلم




kita sama-sama doakan guru dan pensyarah kita jom! <3