jenis-jenis terjemahan

Assalamualaikum! lama kita tidak bersua dek sibuk dengan bulan-bulan terakhir sebelum final.. T.T Jihad itu memang pahit,tetapi akhirnya manis. ^_^ alhamdulillah masih diberi kesempatan berkongsi sesuatu dengan rakan-rakan mengenai terjemahan. jom! roll down! heheh


Ramai orang menyangka hanya ada sejenis terjemahan sahaja yang betul.  Sebenarnya pendapat ini adalah tidak benar kerana terjemahan dibahagikan kepada banyak jenis:
a.       Terjemahan yang literal
b.      Terjemahan bebas
c.      Terjemahan yang mementingkan struktur bahasa asalnya sehingga nahu bahasa itu disalin semula ke dalam bahasa penerima
d.    Terjemahan yang mementingkan makna sehingga terjemahan itu diberikan catatan dan komen tambahan
e.    Terjemahan yang mementingkan mood teks asal dan tidak mementingkan maklumat di dalam
f.        Lain-lain

Terdapat tiga faktor menyebabkan pelbagai jenis terjemahan:
  1.      Jenis teks yang diterjemah
Contohnya surat rasmi, surat undang-undang, bahan akademik, novel, bahan bacaan kanak-kanak, buku agama, buku sains, teknikal dan lain-lain mempunyai cara terjemahan yang berbeza.
  1.  2   .Tujuan atau maksud penulis asal dan penterjemah
misalnya adakah penulis bertujuan untuk mempengaruhi pembaca, mendapati simpati pembaca, mengubah sikap pembaca, melarang pembaca membuat sesuatu, mengajar dan sebagainya.
Tujuan utama penterjemah adalah untuk menyampaikan maklumat dan idea dalam teks asal serta bentuk teks asal tersebut.  Terjemahan sedemikian akan mengetepikan reaksi perasaan para pembacanya, contohnya penterjemahan laporan ekonomi, bursa saham, kajian statistik dan lain-lain.
Kadang-kala penterjemah mempunyai tujuan supaya pembaca melakukan sesuatu setelah membaca teks terjemahan.  Oleh itu, penterjemah akan berusaha sedaya upaya untuk melakukan penyesuaian semula maklumat dengan terperinci.  Contoh terjemahan ini ialah terjemahan alat elektrik, seperti televisyen, penghawa dingin, peti sejuk atau barangan yang membahaya.
Jika teks terjemahan mempunyai tujuan menegah, menghalang atau memerintah sesuatu perbuatan tertentu, maka penterjemah akan menterjemah dengan lebih banyak penyesuaian supaya pembaca tidak terkeliru.  Contoh terjemahan ini ialah surat amaran, tindakan saman mahkamah, surat ugutan, surat disiplin dan lain-lain.
  1.      Jenis pembaca terjemahan
Adakah pembaca buku terjemahan itu terdiri daripada golongan pakar, golongan berpelajaran rendah, sederhana atau tinggi; umur, jantina, golongan tua, remaja atau kanak-kanak, minat pembaca, tempat asal mereka, bahasa ibunda pembaca, tujuan membaca dan lain-lain.
Untuk pembaca pakar, kita boleh menggunakan istilah teknikal, tetapi untuk orang awam, kita kena guna perkataan biasa.  Bagi pembaca yang berpelajaran, kita boleh menggunakan bahasa aras tinggi dan ayat yang panjang, tetapi untuk pembaca yang berpelajaran rendah, kita mestilah menggunakan bahasa yang mudah dan ayat yang pendek.  Ayat untuk orang tua dan orang muda juga berbeza kerana banyak perkataan yang digunakan oleh orang muda tidak difahami oleh orang tua.  Mereka meminjam banyak perkataan asinga atau mencipta bahasa sendiri. 
Teks Cina mudah difahami oleh pembaca Cina.  Apabila teks itu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, pembaca Melayu mungkin tidak memahaminya sebab terdapat maklumat kebudayaan yang tersirat dalam teks itu.  Pembaca teks asal mengetahui asal kebudayaan teks Cina, tahu sedikit sebanyak tentang penulis, keadaan yang menyebabkan teks itu ditulis, dan lain-lain, tetapi pembaca Melayu tidak mengetatahui semua aspek itu.  Oleh itu, apabila dibuat terjemahan, penterjemah mestilah menjelaskan maksud tersirat itu kepada pembaca Melayu.
Sebaliknya terjemahan langsung tidak menjelaskan maklumat tersirat dalam teks asal.  Oleh itu, pembaca tidak dapat memahami teks terjemahan itu. 
Terjemahan langsung hanya menterjemah teks asal supaya jumlah perkataan hampir sama banyak.  Dalam terjemahan bebas, apa yang ditekankan ialah jumlah idea dan jumlah maklumatnya yang sama, dengan perkataan lain, tidak ada maklumat yang tertinggal atau ditokok tambah dalam terjemahan.

Untuk menjamin pembaca memahami tejemahan, dua perkara hendaklah dielakkan.
  1.      Bentuk-bentuk yang mungkin disalahtafsirkan atau mengelirukan. 
  2.     Bentuk-bentuk yang ‘berat’ – perkataan yang jarang difahami atau tatabahasa yang sukar, rumit dan berbelit-belit.
Jika banyak pembaca sasaran salah faham atau tidak dapat memahami sesuatu terjemahan itu, ini bererti terjemahan itu tidak boleh dianggap terjemahan yang baik. 

thobat yaumukum....... ilal liqa'... nuhibbukum fillah.. =)