TOKOH PENTERJEMAH AL-QURAN KE BAHASA JEPUN
ehem2.. tumpang lalu,, tumpang lalu... :) saya nk curi 3 minit masa anda baca entri tokoh penterjemah ini boleh?? (heehheh)
Imam Shūmei Okawa (大川 周 明 Shūmei Okawa, December 6, 1886 – December 24, 1957)
adalah seorang pejuang nasionalis Jepun, seorang penulis Pan-Asia dan juga
merupakan seorang ulama Islam.
Imam Okawa telah dilahirkan di Sakata, Yamagata, Jepun pada
tahun 1886. Beliau berkelulusan dari
Universiti Imperial Tokyo pada tahun 1911,
di mana beliau telah mengkaji Kesusasteraan Vedik dan falsafah klasik India.
Selepas tamat pengajian, Okawa pernah bekerja di bawah Ketua
Turus Angkatan tentera Jepun melakukan kerja-kerja penterjemahan. Beliau juga
mempunyai pengetahuan yang mantap dalam bahasa Jerman, Perancis, Inggeris,
Sanskrit dan Bahasa Arab.
Beliau juga pernah menjadi seorang professor di Universiti
Hosei pada tahun 1939. Selepas beberapa tahun membuat kajian falsafah asing,
beliau menjadi semakin yakin bahawa penyelesaian kepada masalah sosial dan
masalah politik yang menekan Jepun ialah dengan kembali kepada kebangkitan
falsafah tradisional ketimuran Jepun.
Tidak dapat saya pastikan tarikh sebenar beliau memeluk
Islam.
Namun beberapa bahan penulisan menyatakan bahawa peranan yang dimainkan
oleh beliau dan anak muridnya yang bernama Toshihiko Izutsu telah didapati
boleh menggugat kedudukan pihak penjajah AS pada ketika itu sehingga
menyebabkan beliau telah ditangkap dan disumbatkan kedalam penjara tentera AS.Imam Shūmei Ōkawa cukup berpengaruh di dalam kerajaan dan
juga sebagai ahli akademik di Jepun ini telah kategorikan sebagai banduan kelas
A (bahaya) oleh pihak tentera bersekutu.
Beliau telah dituduhkan sebagi seorang yang mengalami
ketidakstabilan mental sehingga dimasukkan ke Hospital Tentera AS di Jepun
sebelum kemudiannya dipindahkan ke Tokyo Metropolitan Matsuzawa Hospital,
sebuah hospital mental yang terkenal.
Beberapa bahan penulisan menyatakan bahawa Imam Shūmei Ōkawa
pernah bermimpi bertemu dengan Rasulullah saw dan di sepanjang keberadaannya di
hospital inilah beliau telah menyiapkan terjemahan Al Quran ke dalam bahasa
Jepun yang pertama.
Beliau keluar daripada hospital tersebut pada tahun 1948 dan
balik semula ke kampungnya di Sakata untuk berdakwah sehingga menghembuskan
nafasnya yang terakhir pada tahun 1957.
Subhanallah, Alhamdulillah…. semua orang yang membaca al
Qur’an di Jepun pastinya dapat mensyukuri nikmat memahami isi pati al Qur’an
hasil daripada pengorbanan Imam Okawa selama ini.
Semoga Allah mengurniakan kepadanya Syurga Firdaus al’aala. ^....^