ILMU YANG TIDAK DISERTAKAN DENGAN AMAL ITU NAMANYA GILA DAN AMAL YANG TIDAK DISERTAI ILMU ITU AKAN SIA-SIA..:)
masalah??
KESUKARAN DALAM AKTIVITI PENTERJEMAHAN
Kesukaran yang dihadapi oleh penterjemah dalam kerja-kerja penterjemahan adalah disebabkan kurang keupayaan untuk mematuhi prinsip-prinsip dan proses penterjemahan. Penterjemah yang menguasai bahasa sumber dan bahasa sasaran dengan baik tidak semestinya boleh menterjemah dengan baik. Penterjemah bukan hanya sekadar mengalihbahasakan karya dari bahasa sumber ke bahasa yang lain tetapi juga wajib memahami situasi dan konteks karya yang diterjemahkan. Jika yang diterjemahkan itu karya seni, penterjemah perlulah mempunyai rasa seni juga. Selain memindahkan gagasan atau makna, penterjemah juga perlu memindahkan bentuk. Contohnya, prosa menjadi prosa dan puisi tetap menjadi puisi. Penterjemah yang tidak berpengetahuan tentang puisi akan menghadapi kesukaran untuk menterjemahkan karya-karya yang berbentuk puisi. Dengan demikian, timbul berpendapat bahawa yang boleh menterjemahkan karya sastera itu hanyalah penterjemah yang terdiri daripada sasterawan.
Terdapat pelbagai sebab kenapa penterjemah tidak boleh menterjemah dengan baik. Antaranya adalah disebabkan penterjemah kurang menguasai bahasa asal atau sumber dengan baik dan kurang memahami konteks dan latar belakang budayanya. Kadang kala penterjemah menguasai bahasa asalnya, tetapi konteks zaman atau peristiwa sejarahnya kurang dikuasai. Akibatnya, penterjemahan yang dibuat tidak tepat kerana tidak menguasai konteks zaman dan keadaan sosialnya.
Selain itu, penterjemah kurang menguasai bahasa sasaran. Penguasaan bahasa sasaran sebenarnya lebih penting daripada penguasaan bahasa sumber. Kalau penterjemah tidak tahu bahasa sumber, dia boleh merujuk kamus, beratanya kawan atau merujuk internet. Tetapi, kalau penguasaan pentenjemah itu terbatas dalam bahasa sasaran dan pengetahuannya tentang nahu dan susunan ayat juga terbatas, maka dengan sendirinya hasilnya juga kurang memuaskan. Penterjemah seharusnya lebih menguasai bahasa sasaran di samping menguasai bahasa sumber dengan baik. Jika penterjemah tidak menguasai bahasa sumber dengan baik, tetap menjadi masalah.
Untuk melahirkan hasil terjemahan yang bernilai, penterjemah perlu menentukan teks terjemahan berdasarkan kesannya terhadap pembaca. Ada terjemahan bahan-bahan yang ringan, yang tidak begitu mementingkan ketepatan makna, contohnya iklan. Dalam iklan, kesan promosi adalah lebih dipentingkan daripada ketepatan maknanya dalam teks asal. Bagi terjemahan bahan-bahan yang berat seperti dokumen undang-undang, teks agama dan buku-buku ilmiah pula adalah dituntut supaya mempunyai makna yang betul-betul sama dengan teks sumber.
Penterjemahan yang dilakukan dalam masa yang terhad, seperti menterjemahkan bahan untuk berita, juga boleh menyebabkan terjemahan tidak begitu tepat. Kemampuan untuk menterjemah dengan cepat adalah perlu bagi penterjemah berita-berita akhbar.Perterjemahan yang kurang tepat berlaku di mana-mana sahaja, termasuklah bahan-bahan terjemahan yang dibuat oleh institusi yang bertauliah. Sebenarnya saya sendiri pernah minta bantuan daripada salah sebuah institusi terjemahan di negara ini untuk menterjemahkan buku kecil yang diterbitkan oleh kementerian tempat saya bertugas. Terdapat beberapa terjemahan yang kurang tepat bagi tujuan bahan bacaan peringkat antarabangsa . Contohnya, perkataan “Setiausaha Bahagian” diterjemahkan ke Bahasa Inggeris “Divisional Secretary”. Rasanya pembaca di peringkat antarabangsa akan lebih faham jika terjemahannya “Undersecretary”.
Terjemahan yang kurang tepat bukan hanya berlaku dalam terjemahan dari Bahasa Malayu ke Bahasa Inggeris atau sebalikny, tetapi ia juga berlaku dalam terjemahan bahasa-bahasa lain seperti Arab dan Perancis. Masalah penterjemahan di kalangan penterjemah-penterjemah Arab pernah dibincangkan oleh Imad Ali Almaghary dalam artikelnya bertajuk ”Translation Problems Amongst Arab Translators.” Menurut beliau kebanyakan masalah yang dihadapi oleh penterjemah Arab ialah masalah semantik, seperti menterjemahkan ”The United States Secretary of States” ke dalam Bahasa Arab dengan maksud yang berlainan, iaitu “Prime Minister” atau “Perdana Manteri.” Sesetengah terjemahan dari bahasa Arab ke bahasa Inggeris dan Jerman juga dikatakan ada kalanya tidak begitu tepat. Ini berlaku dalam terjemahan tape video pengakuan Osama bin Laden yang disiarkan dalam media berbahasa Inggeris dan Jerman, seperti mana yang dijelaskan oleh Robert Lederman dalam artikelnya bertajuk “German Media: bin Laden ‘Smoke Gun’ Tape translation Inaccurate.”
Pembarita-pemberita asing telah tidak sependapat dalam membuat menterjemahkan ucapan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad pada bulan Oktober 2005. Peribahasa (idiom) Parsi , “bayad az safheh-ye ruzgar mahv shaved,” telah menimbulkan pelnagai pandangan terhadap maksudnya. Peribahasa tersebut diterjemahkan ke bahasa Inggeris, that Israel “should be wiped off the map.” Ada yang menterjemahkan maksudnya hanya sebagai rujukan sejarah sahaja dan ada pula yang menganggapnya sebagai deklarasi perperangan. Penyiaran berita terjemahan yang tidak jelas maksudnya boleh mengelirukan pembaca.
Tidak kurang juga rumitnya untuk menterjemahkan bahasa Spanish kepada bahasa Inggeris kerana bahasa Spanish mempunyai warisan yang kaya dengan peribahasa dan pelbagai ungkapan yang sukar diterjemahkan. Contohnya, ungkapan “Hay moros en la costa” secara literalnya diterjemahkan kepada ”there are Mooors on the cost” dalam bahasa Inggeris, tetapi terjemahan yang lebih tepat pula ialah “watch out”. Begitu juga dengan ungkapan “poner la inglesia en las manos de Lutero” yang diterjemahkan secara literal, “to put the Church in the hand of Luther”. Tetapi terjemahan yang paling sesuai dalam bahasa Inggeris pula ialah “to let the fox guard the chicken.” Namun, terjemahan ini telah menghilangkan rujukan agama dan budaya.
Kebanyakan suratkhabar dan majalah antarabangsa hari ini banyak bergantung kepada terjemahan. Ini telah berlaku di negara-negara Timur Tengah di mana ramai wartawan yang tidak faham bahasa Arab. Memandangkan keadaan yang demikian, mereka terpaksa mengupah perterjemah amatur kerana bayaran bagi penterjemah profesional terlalu mahal. Wartawan tidak berupaya untuk mengesahkan ketepatan terjemahan kerana mereka sendiri tidak memahami bahasa sumber.
Mungkin ada yang berpendapat manusia boleh digantikan dengan mesin untuk melaksanakan kerja-kerja penterjemahan bagi mengatasi masalah penterjemahan yang dilakukan oleh manusia. Sebenarnya sudah ada terjemahan mesin, iaitu proses mengalihbahasa atau terjemahan automatik daripada satu bahasa ke satu bahasa lain yang dilakukan oleh komputer. Bagaimanapun, terjemahan mesin terbukti sebagai satu matlamat yang sukar dicapai. Walaupun, sudah ada beberapa sistem terjemahan mesin (sungguhpun tidak sempurna) yang mampu menghasilkan terjemahan yang berkualiti untuk digunakan dalam beberapa bidang untuk membantu terjemahan manusia tetapi mesin belum lagi dapat menggantikan manusia sepenuhnya.
Perbincangan di atas dapat menggambarkan bahawa masalah penterjemahan adalah merupakan masalah sejagat yang berlaku dimana-mana sahaja. Berdasarkan contoh-contoh yang diberikan, kita akan dapat memahami betapa sukarnya untuk membuat terjemahan yang tepat bagi membolehkan pembaca mengetahui keadaan sebenar yang berlaku.
prinsip !!!
PRINSIP PENTERJEMAHAN
Sebelum melihat masalah yang dihadapi oleh penterjemah, adalah penting kita mengetahui prinsip-prinsip penterjemahan. Sebenarnya penterjemahan merupakan sesuatu pekerjaan yang memerlukan kesungguhan. Ini adalah kerana penterjemahan yang tidak bersungguh-sungguh akan menimbulkan kekeliruan pembaca dan malah boleh menimbulkan salah faham terhadap maksud pengarang teks sumber. Oleh itu, penterjemahan seharusnya dilakukan dengan berpandu kepada prinsip-prinsip tertentu. Antara prinsip-prinsip yang perlu diikuti adalah seperti berikut:
.
Tidak mengubah maksud pengarang teks asal
Prinsip ini adalah jelas untuk para penterjemah. Tetapi, pada praktiknya para penterjemah sebenarnya sukar untuk mengekalkan maksud pengarang asal secara 100%. Perubahan maksud sukar dielakkan kerana faktor perbezaan budaya dan bahasa. Namun, ini tidak bermaksud penterjemah diizinkan mengubah maksud pengarang teks asal dengan sengaja.
Menghasilkan terjemahan yang mudah difahami pembaca
Penterjemahan sebahagian daripada komunikasi. Oleh itu, sesuatu terjemahan sebaik-baiknya mudah difahami supaya tujuan komunikasi antara pembaca dengan pengarang asal dapat dicapai.
Menghormati tatabahasa penerima
Dalam proses menterjemahkan, tatabahasa penerima harus dihormati. Ini bermakna tatabahasa asing tidak seharusnya dipaksa ke dalam teks terjemahan.
.
Menterjemah makna bahasa dan bukan menterjemah bentuk bahasa
.
Dalam proses penterjemahan, makna harus diberi
fokus. Penterjemah tidak seharusnya berusaha mengekalkan bentuk bahasa teks
asal sehingga menghasilkan terjemahan yang berbelit-belit.Prinsip-prinsip yang dinyatakan di atas adalah sebagai panduan bagi seorang penterjemah untuk menghasilkan karya yang boleh dipercayai sebagai satu karya terjemahan yang boleh difahami serta selesa dibaca. Secara teorinya mungkin kerja-kerja penterjemahan kelihatan mudah, tetapi secara praktiknya ia tidak semudah itu kerana banyak aspek yang perlu diambil kira. Selain dari segi bahasa dan strukturnya, penterjemah juga harus mengambil kira budaya dan konteks sejarah bagi budaya berkenaan. Tanpa memahami budaya dan sejarahnya maka adalah sukar bagi seseorang penterjemah untuk melaksanakan atau membuat kerja-kerja terjemahan dengan tepat.
laras bahasa
Laras Bahasa bermaksud gaya dan penggunaan sesuatu bahasa yang digunakan atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Halliday(1968) mendefinisikan laras bahasa sebagai variasi bahasa yang berbeza berdasarkan fungsi. Menurut beliau laras bahasa berubah-ubah mengikut situasi. Terdapat beberapa ciri bagi laras bahasa. Penggunaan laras bahasa yang berlainan adalah ditentukan oleh dua faktpr utama, iaitu ciri-ciri keperihalan sesuatu peristiwa bahasa dan ciri-ciri linguistik. Bagi faktor keperihalan adalah terbahagi kepada dua iaitu dari segi situasi luaran dan persekitaran. Situasi luarana ialah latar belakang social dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa. Manakala situasi persekitaran pula adalah berdasarkan aspek-aspek yang terlibat dalam penggunaan bahasa iaitu, Cara penyampaian sama ada lisan, bertulis, bahasa isyarat dan sebagainya. Hubungan sosial dan peribadi antara penggunaan bahasa Bahan yang diperkatakan dan fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa sama adal rasmi atau tidak rasmi.
Manakala ciri-ciri linguistik pula bermaksud unsur-unsur
sistem bahasa itu, iaitu aspek bunyinya, aspek perkataannya serta aspek frasa
dan ayatnya. Aspek bunyi-nada suara (drama, ucapan). Aspek
perkataan-perkataan khusus berdasarkan bidang, unsir kolokasi (dua perkataan
yang berkaitan), perkataan pinjaman dan aspek ayat, dari segi binaan,
susunan, dan panjang ayat.
Dalam bahasa Melayu terdapat beberapa laras yang mempunyai format tersendiri antaranya seprti laras undang-undang (akta), laras ucapan, laras iklan (tender), laras laporan berita dalam akbar dan sebagainya . Contoh laras bahasa yang sering digunakan dalam bidang-bidang tertentu.
LARAS UNDANG-UNDANG.
Teks yang berkaitan dengan perundangan. Mengandungi prinsip undang-undang dan berbentuk akta iaitu terbahagi kepada bahagian dan seksyen. Penggunaan istilah-istilah yang dipinjam daripada bahasa Inggeris. Makna kosa kata yang digunakan berdasarkan interprestasi serta tidak mementingkan struktur ayat tetapi sangat mementingkan kerpersisan dan kejelasan. Bersifat objektif, terperinci, tepat dan padat. Lazimnya menggunakan binaan ayat panjang. Contohnya:
Setelah saman disampaikan dan catatera penyampaian dibuat, pendaftran harus meberi notis kepada plaintif atau peguamnya mengenai hal itu dan mengenai cara saman itu disampaikann.
LARAS BAHASA SAINS
Laras bahasa ilmiah dan bersifat formal sera tidak menggunakan bahasa basahan. Bersifat intekelektual, saintifik, formal dan objektif. Maklumat yang diberikan berdasarkan kajian dan faktas. ementingkan kejelasan dan ketepatan fakta. Larasa bahasa sains ini banyak menggunakan isitilah sains dan teknikal serta penggunaan istilah-istilah pinjaman daripada bahasa Inggeris.
Contoh laras bahasa Sains:
Air hujan, secara semulajadinya berasid sedikit kerana tindak balasnya dengan gas karbon dioksida dalam atmosfera untuk membenuk asid karbonik. NIlai pH air hujan ialah 5.6
LARAS BAHASA AGAMA
Laras yang membincangkan soal agama. Penggunanaan istilah agama yang dipinjam daripada bahasa arab. Terdapat petikan al-quran dan h hadis. Struktur ayat yang digunakan banyak dipengaruhi oleh struktur ayat bahasa Arab serta terdapat tamsil ibarat atau kias ibarat yang bertujuan memberi pengajaran kepada masyarakat.
proses menterjemah? O.o
Proses Penterjemahan
Proses penterjemahan melibatkan seluruh proses bagaimana
penterjemah menghasilkan kesamaan di antara teks atau sebahagian dari teks ke
dalam bahasa yang lain. Proses penterjemahan boleh digambarkan sebagai:
Penyahkodan makna teks sumber, dan Pengekodan semula atau perterjemahan makna ini dalam bahasa
sasaran.
Di sebalik proses mudah ini terdapat berbagai-bagai aktiviti
seperti penyemakan tatabahasa, sintaks, simpulan bahasa, semantik, dan yang
keserupaan dengan bahasa sumber dan juga kebudayaan penuturnya. Penterjemah
memerlukan pengetahuan mendalam dalam penyahkodan dan kemudian pengekodan
semula yang makna dalam bahasa sasaran. Dalam kebanyakan kes, pengetahuan
penterjemah dalam bahasa sasaran adalah lebih penting berbanding daripada
pengetahuannya dalam bahasa sumber.
Berikut adalah proses yang pada kebiasaannya diikuti oleh
semua penterjemah, untuk memastikan penulisan yang baik, penterjemahan dengan
tepat:
- Dokumen yang hendak diterjemah diberikan kepada orang yang mempunyai pengalaman yang baik dengan bahasa ibunda yang mana dokumen hendak diterjemahkan.
- Dokumen tersebut disunting oleh orang yang fasih dalam kedua-dua bahasa sasaran dan sumber. Kejituan, tatabahasa, ejaan dan stail penulisan semuanya disemak semasa peringkat penyuntingan.
- Dokumen tersebut di Baca pruf oleh orang siapa fasih dalam kedua-dua bahasa. Ia juga perlu menyemak ejaan dan tataletak.
- Akhirnya, sebelum dokumen tersebut sampai ke pelanggan, dokumen tersebut disemak semula dengan lebih lanjut untuk memastikan bahawa penterjemahan adalah tepat, tidak terdapat teks yang tertinggal dan tataletaknya sempurna.
padanan dalam terjemahan
Padanan dalam terjemahan... =)
Kesulitan dalam menerjemah adalah pada carian padanan atau ekuivalensi yang sesuai antara bahasa sumber dan bahasa penerima, sehingga dituntut kegiatan penterjemahan yang lebih memahami pada tahap tersebut, agar menghsilkan terjemahan yang tepat. Menurut Barnstone (1993), masalah padanan merupakan sebahagian inti dari teori penterjemahan. Dan amalan menterjemahkan sebagai realisasi dari proses penterjemahan selalu melibatkan pencarian padanan. Benny Hoed mengatakan bahawa masalah pokok dalam penterjemahan adalah sukarnya mencari ekuivalensi antara dua bahasa. Andaikan padanan didapati, setiap unsur bahasa yang dipadankan itu pun masih terbuka untuk pelbagai tafsiran.
Namun Nida sebagaimana dikutip oleh M. Zaka Al-Farizi, berkata, ekuivalensi dapat dihasilkan manakala memperhatikan (1) penyampaian mesej dari bahasa sumber ke dalam bahasa penerima dengan menyelaraskan kosa kata dan aspek gramatikanya, (2) pengutamaan ekuivalensi isi ketimbang bentuk, (3) pemilihan ekuivalensi yang paling wajar dalam bahasa penerima seraya mahal berdekatan dengan makna yang terdapat dalam bahasa sumber, (4) pengutamaan makna daripada gaya, walaupun gaya bahasa juga penting, (5) dan pengutamaan kepentingan pembaca terjemahan.
Ekuivalensi itu berpengaruh pada hasil terjemahan, supaya hasil terjemahan dirasakan komunikatif oleh pembaca. Syihabuddin mengatakan bahawa, dalam bidang terjemahan, istilah ekuivalensi yang bersinonim dengan padanan merujuk kepada beberapa konsep. Antara lain: Pertama, ekuivalensi merupakan tujuan atau produk dari proses penterjemahan. Kerana penterjemahan itu merupakan proses pencarian ekuivalensi, iaitu padanan yang paling wajar antara bahasa sumber dan bahasa penerima. Kedua, ekuivalensi merujuk pada salah satu prosedur penterjemahan sebagaimana dikemukakan Newmark (1998), bahawa prosedur ini digunakan untuk menterjemahkan kosa kata kebudayaan di dalam bahasa penerima dengan cara yang sedapat mungkin mendekati makna yang sebenarnya di dalam bahasa sumber. Ekuivalensi tersebut boleh diperolehi dengan teori mengenai penterjemahan seperti kaedah, prosedur, ataupun teknik.
Prosedur Ekuivalensi adalah cara penterjemahan istilah bahasa sumber, tentang apa saja, kedalam bahasa penerima. Istilah tersebut sangatlah pelbagai kerumitan sehingga pelbagai pula cara penerjemahannya. Kepelbagaian cara penterjemahan istilah inilah yang dimaksudkan dengan teknik penterjemahan istilah sebagai penjabaran dari prosedur ekuivalensi. Kamus Besar Bahasa Indonesia mengartikan Istilah dengan Kata atau gabungan kata, yang dengan cermat mengungkapkan suatu makna konsep, proses, keadaan, atau sifat yang khas dalam bidang tertentu.
Pakar terjemah Mona Baker, membezakan lima jenis padanan, yaitu: padanan pada tataran kata (equivalence at word level), padanan diatas tataran kata (equivalence above word level), padanan gramatikal (grammatical equivalence), padanan tekstual (textual equivalence), dan padanan pragmatic (pragmatic equivalence). Sebelum pada tataran yang lain-lain, seorang penterjemah tentunya dalam melakukan tugasnya, pertama-tama akan melihat dan menganalisis makna suatu kata terlebih dahulu sebelum kepada kalimat. Sehingga dapat membantu untuk memahami makna dalam kalimat itu sendiri.
Kaedah Penterjemahan...^_______^
Penterjemahan harfiah (perkataan-demi-perkataan): Di sini,
perkataan bahasa sumber diterjemahkan kepada bahasa yang lain dengan makna yang
paling biasa digunakan, yang mana juga kadang-kadang boleh lari dari konteks,
terutamanya dalam ungkapan dan peribahasa.
Penterjemahan Literal: Di sini, binaan tatabahasa bahasa
sumber diterjemahkan kepada bahasa sasaran mereka yang terdekat.
Walaubagaimanpun perkataan leksikal diterjemahkan satu per satu, lari dari
konteks.
Penterjemahan Boleh Dipercayai: Di sini penterjemahan
menjelaskan makna mengikut konteks yang sebenar bagi ayat asal mengikut batasan
struktur tatabahasa bahasa sasaran.
Penterjemahan Semantik: Penterjemahan Semantik merujuk kepada
jenis penterjemahan yang mengambil kira nilai estetik bagi teks bahasa sumber.
Pengadaptasian: Pengadaptasian merujuk kepada jenis
penterjemahan yang kebanyakannya digunakan untuk drama dan puisi. Teks yang
ditulis semula mempertimbangkan kebudayaan bahasa sumber yang mana diubah
kepada kebudayaan bahasa sasaran di mana kebiasaannya corak, tema, jalan
ceritanya dipelihara.
Penterjemahan Bebas: Kaedah penterjemahan ini menghasilkan
teks terjemah tanpa stail, bentuk, atau kandungan teks yang asal.
Penterjemahan Wajar: Ia menterjemahkan mesej teks yang asal
tetapi kadang-kadang cenderung untuk mengganggu makna yang asal dengan memilih
kata basahan dan simpulan bahasa.
Penterjemahan Komunikatif: Kaedah ini menunjukkan makna teks
asal mengikut konteks sebenar di mana kedua-dua kandungan dan bahasa boleh
diterima dan boleh difahami pembaca dengan mudah.
Subscribe to:
Posts (Atom)