siapakah ini?


TOKOH PENTERJEMAH AL-QURAN KE BAHASA JEPUN


ehem2.. tumpang lalu,, tumpang lalu... :)  saya nk curi 3 minit masa anda baca entri tokoh penterjemah ini boleh?? (heehheh)

Imam Shūmei Okawa (大川 周 明 Shūmei Okawa, December 6, 1886 – December 24, 1957) adalah seorang pejuang nasionalis Jepun, seorang penulis Pan-Asia dan juga merupakan seorang ulama Islam.
Imam Okawa telah dilahirkan di Sakata, Yamagata, Jepun pada tahun 1886. Beliau berkelulusan dari
Universiti Imperial Tokyo pada tahun 1911, di mana beliau telah mengkaji Kesusasteraan Vedik dan falsafah klasik India.

Selepas tamat pengajian, Okawa pernah bekerja di bawah Ketua Turus Angkatan tentera Jepun melakukan kerja-kerja penterjemahan. Beliau juga mempunyai pengetahuan yang mantap dalam bahasa Jerman, Perancis, Inggeris, Sanskrit dan Bahasa Arab.


Beliau juga pernah menjadi seorang professor di Universiti Hosei pada tahun 1939. Selepas beberapa tahun membuat kajian falsafah asing, beliau menjadi semakin yakin bahawa penyelesaian kepada masalah sosial dan masalah politik yang menekan Jepun ialah dengan kembali kepada kebangkitan falsafah tradisional ketimuran Jepun.
Tidak dapat saya pastikan tarikh sebenar beliau memeluk Islam. 

                Namun beberapa bahan penulisan menyatakan bahawa peranan yang dimainkan oleh beliau dan anak muridnya yang bernama Toshihiko Izutsu telah didapati boleh menggugat kedudukan pihak penjajah AS pada ketika itu sehingga menyebabkan beliau telah ditangkap dan disumbatkan kedalam penjara tentera AS.Imam Shūmei Ōkawa cukup berpengaruh di dalam kerajaan dan juga sebagai ahli akademik di Jepun ini telah kategorikan sebagai banduan kelas A (bahaya) oleh pihak tentera bersekutu.

           Beliau telah dituduhkan sebagi seorang yang mengalami ketidakstabilan mental sehingga dimasukkan ke Hospital Tentera AS di Jepun sebelum kemudiannya dipindahkan ke Tokyo Metropolitan Matsuzawa Hospital, sebuah hospital mental yang terkenal.

          Beberapa bahan penulisan menyatakan bahawa Imam Shūmei Ōkawa pernah bermimpi bertemu dengan Rasulullah saw dan di sepanjang keberadaannya di hospital inilah beliau telah menyiapkan terjemahan Al Quran ke dalam bahasa Jepun yang pertama.

             Beliau keluar daripada hospital tersebut pada tahun 1948 dan balik semula ke kampungnya di Sakata untuk berdakwah sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 1957.
Subhanallah, Alhamdulillah…. semua orang yang membaca al Qur’an di Jepun pastinya dapat mensyukuri nikmat memahami isi pati al Qur’an hasil daripada pengorbanan Imam Okawa selama ini.
Semoga Allah mengurniakan kepadanya Syurga Firdaus al’aala.   ^....^


kwn2..klw nk mmpi 2 baek or klw dpt mimpi yg xbaek..jgn lpa bca doa2 ni yer!! insyaallah....




DOA INGIN MENDAPATKAN MIMPI YANG BAIK

اللّهمَّ اِنىِّ اَسْئَلُكَ رُؤْياً صاَلِحاً صاَدِقاً غَيْرَ كاَذِبَةٍ ناَفِعَةً غَيْرَ ضاَرَّةٍ


“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon pada-Mu mimpi yang baik dan benar lagi manfaat, 

bukan mimpi yang dusta dan bukan mimpi yang membawa kemelaratan”




DOA KETIKA MENDAPATKAN MIMPI YANG BURUK


اللهمَّ اِنىِّ اَعُوْذُبِكَ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطنِ وَسَيِّئاَتِ اْلاَحْلاَمِ

“Wahai Tuhanku sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari perbuatan syaitan dan dari buruknya mimpi”


anda stress??

Argggghhhhhhhhhhh!!! tension nya... rasa down la...macam-macam masalah la... :'(
ha.... kenapa ni kawan-kawan... stress ea??
relex... tarik nafas dalam-dalam... :)
jom ikut tips saya!
amal ini ya..

ha.... macam mana rasa sekarang?? lebih tenang ya... berdoa dan mengadu lah pada Allah..
Allah rindu nak dengan suara kita tu... ^.^

aip2.... senyum la sikit... ha... kan hensem,manis,cantik molek tu... =) jgan stress2 ya!





masalah??

ha kawan-kawan.. kita fokus semula dalam bidang terjemahan ini. sebenarnya ketika mana kita menterjemah,akan wujud beberapa masalah yang  datang dari diri kita sendiri... what??? (O.o) penterjemah pun ada masalah??? T.T  ha.... biasalah tu... (setiap orang ada masalah kan) 
ha... tunggu apa lagi! scroll down...


Masalah terjemahan akan timbul jika kita tidak bersikap objektif terhadap maklumat dalam teks sumber, antaranya seperti kesalahfahaman tentang cirri-ciri bahasa, tugas penterjemah dan matlamat penterjemahan.
Masalah-masalah yang selalu dialami oleh pentejremah biasanya berpunca daripada andaian-andaian yang tidak disedarinya yang mempengaruhi tugas dan melemahkan hasil yangcuba diusahakannya dengan jujur.Kebanyakan masalah itu berhubung antara penterjemah dengan subjek, bahasa penerima, ciri-ciri komunikasi, dan kaedah terjemahan yang sepatutnya digunakan.   Antara bahasa itu ialah:

  1. Kurang Pengetahuan tentang Terjemahan

Kebanyakan orang sangka bahawa terjemahan itu sekadar kerja menggantikan setiap perkataan dalam bahasa sumber dengan perkataan lain dalam bahasa penerima, atau menggantikan ayat demi ayat ke dalam bahasa penerima, kemudian diganti dengan perenggan, dan kalau boleh seluruh wacana.  Cara terjemahan ini sebenarnya tidak benar. Sebenarnya struktur seluruh karangan itu mestilah diperhatikan supaya semua unsur yang terkandung dalam teks dapat dipadukan menjadi satu kesatuan yang bermakna.


  1. Terlalu Mengetahui Bidang yang Tertentu

Masalah ini nampaknya janggal kita selalu mendengar bahawa penterjemah mesti mempunyai pengetahuan yang baik dalam subjek yang akan diterjemahnya.  Yang menjadi masalah sebenarnya bukan penterjemah mempunyai ilmu yang banyak tentang bidang itu, tetapi ialah ketidaktajaman imaginasi penterjemah itu yang boleh menghasilkan terjemahan yang lemah.
Oleh sebab mereka sangat mengetahui sesuatu bidang itu secara mendalam, maka mereka selalu menganggap bahawa pembaca juga tahu apa yang diketahui oleh mereka. Akibatnya mereka akan menterjemah dengan cara yang tidak dapat difahami oleh pembaca umum.  Mereka mendapati sukar untuk “merendahkan” diri mereka setaraf dengan orang-orang yang tidak mengetahui apa-apa dalam bidang itu.

  1. Menerima “Translationese” tanpa soal jawab

Semacam tradisi translationese telah timbul hasil daripada penterjemahan buku-buku teks dan bahan-bahan lain yan gdibuat sekali gus daripada satu bahasa kepada bahasa lain. Bentuk-bentuk bahasa seperti itu selalu diterima tanpa soal jawab, terutama oleh golongan terpelajar, dan mereka biasanya menganggap bahawa itulah sahaja bentuk bahasa yang boleh digunakan untuk menterjemah bahan-bahan yang ditulis dalam bahasa asing.
Golongan terpelajar tersebut biasanya belajar dalam bahasa asing dan tidak kenal lagi dengan tabiat dan keistimewaan –keistimewaan bahasa ibundanya sendiri.  Jadi dia dengan senang terjerat dengan translationese.  Sikap mereka kadang-kala terbawa-bawa sehingga tidak menggalakkan penggunaan bentuk-bentuk yang lebih asli dalam bahasanya sendiri.

  1. Tidak yakin pada bahasa sendiri

Ramai orang secara tidak sedar, tidak yakin pada kemampuan bahasa sendiri.  Ramai yang berpendapat bahawa bentuk bahasa asing lebih baik dan lebih tinggi mutunya, oleh itu, mereka pun meniru bentuk bahasa itu.  Jadi mereka pun meminjam terus perkataan, simpulan bahasa, bentuk stilistik, dan nahu.  Mereka yakin bahawa bentuk bahasa asing itu lebih berprestij, dan lebih betul.

Ada pula golongan yang terlalu yakin pada kemampuan bahasanya sendiri sehingga mereka percaya apa yang dapat dinyatakan dalam bahasa asing dapat dinyatakan juga dalam bahasanya.  Hasil terjemahan sikap ini adalah sama buruknya dengan hasil terjemahan sikap yang pertama.

  1. Keinginan untuk Mengekalkan Misteri Sesuatu Bahasa

Ramai orang berpendapat bahawa jikalau sesuatu terjemahan dibuat dengan jelas dan terang, maka akan hilanglah misteri yang ada.  Oleh itu, mereka akan berusaha untuk mengekalkan misteri seustu bahasa untuk menarik pembaca.  Sebenarnya hal ini adalah tidak benar, sebab antara tugas utama penterjemah yang baik ialah menjelaskan maksud sesuatu teks sumber dengan mudah dan boleh difahami.
 

ni sebagai pengajaran dan peringatan kepada semua.....



say no!

ha... ini pun kira terjemahan jugak ini.... 
cuba kawan-kawan terjemahkan maksud di atas... ^_^

cepat2... siapa tahu angkat tangan!!!  heheheh 



#Menyentuh Wanita bukan Mahram#

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لأَنْ يُطْعَنَ فِي رَأْسِ رَجُلٍ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لا تَحِلُّ لَهُ

“Ditusuknya kepala seseorang dengan pasak dari besi, sungguh lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang bukan mahramnya.” [HR. Thobroni dalam Mu’jam Al Kabir 20: 211. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih]
 

sama-sama kita menjaga maruah diri ya??? (give me 5)   ^.^

tengok ni..! klw salah betulkan yer. . . . :)

  واعلم أن ثمن السيادة ترك الوسادة
Dan ketahuïlah bahawa harga sebuah kepimpinan ialah meninggalkan bantal.

2- Ungkapan ini menunjukkan bahawa seseorang pemimpin tidak boleh menjadi orang yang banyak tidur, atau yang banyak bersenang-senang.

3- Ini kerana tanggungjawab kepimpinan memerlukan pemimpin keluar dan menyelami kehidupan rakyat, sama ada kesusahan, kesempitan atau keperluan mereka.

4- Pemimpin juga kurang mempunyaï masa, yang perlu diagihkan untuk banyak pihak, justeru, masa tidur dan rehatnya perlu dikurangkan untuk memenuhi keperluan tersebut.

5- Menjadi pemimpin bukanlah suatu tugas yang senang, dan ia mempunyaï harga yang mahal, iaitu meninggalkan bantal - untuk tidur dan berehat.

WaLlahu a`lam.